22Feb

Microsoft Bakal Melancarkan Aplikasi Office Untuk iOS Dan Juga Android?

Microsoft

Sehingga ke hari ini, untuk membuka dokumen-dokumen Microsoft Office pada iPad, para pengguna perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga untuknya. Namun, perkara tersebut mungkin berubah tidak lama lagi, apabila kini diperkatakan Microsoft bakal melancarkan aplikasi mereka untuk iPad, yang mana membawakan beberapa perkara daripada rekabentuk Metro padanya.

Pada masa yang sama, ia juga turut dilaporkan yang mana Microsoft turut sama membangunkan aplikasi Office untuk platform Android, namun tiada sebarang tarikh diberikan berkaitan pelancarannya.

Sepanjang tahun ini, nampaknya Microsoft seperti mengubah cara mereka beroperasi, dengan membangunkan aplikasi dan perisian bukan sahaja untuk platform mereka, tetapi juga pada pelbagai platform lain, membolehkan para pengguna platform lain turut menggunakan aplikasi keluaran Microsoft dengan mudah.

Sebelum ini, mereka telah pun mengeluarkan aplikasi SkyDrive untuk platform lain, dan nampaknya pelbagai aplikasi lain akan dihasilkan untuk pelbagai platform lain.

Adakah ini merupakan tahun kebangkitan Microsoft?

Kemaskini : Microsoft telah pun mengeluarkan kenyataan mengatakan imej paparan yang dikeluarkan tersebut adalah tidak benar. Namun tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan samada adakah aplikasi itu sedang dibangunkan ataupun sebaliknya.


Prototaip iPad Mini Mula Kelihatan?
Windows 8 Pada 2012?
Windows 8 Membolehkan Storan Fail Pemasangan Di Lokasi Alternatif
Windows 8 Dev-Preview Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Semua
Windows Phone 7.5 Diperlukan Untuk Mengakses Marketplace Selepas Ini

6 Komen

  1. Izham pada 22 Feb 2012

    wow, jangan mahal sangat dah la

  2. mujib pada 22 Feb 2012

    perghhh.. senang la kije pasni

  3. Dadan pada 22 Feb 2012

    terobosan yang baik sekali dari microsoft…

  4. Aneh&Gorila pada 22 Feb 2012

    Apptrackr.org ! hahaha

  5. kaihnsn pada 22 Feb 2012

    Saya baru ja tahu boleh pulak guna app CloudOn dan MS Word dan Excel dapat digunakan sepenuhnya. Sayangnya ini selepas sebulan saya beli Pages dan Doc2Go.

  6. Ayul pada 22 Feb 2012

    bagus la dah lama tunggu hopefully harganya berpatutan


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader