01Feb

Muat-Turun Pelbagai Tema, Nada Dering Dan Sebagainya Melalui Mobile9 Untuk Android

Perisian, Web 2.0

Salah satu lokasi yang sering dituju oleh pengemar perkara berkaitan telefon mudah-alih, seperti nada dering, gambar, tema, ebook dan sebagainya, adalah laman Mobile9. Dan dalam usaha untuk terus menjadikan perkhidmatan mereka digemari ramai, ia kelihatan, pihak Mobile9 telah pun melancarkan aplikasi mudah-alih Android mereka secara percuma dan boleh dimuat-turun oleh semua.

Melaluinya, ia membolehkan para pengguna Android, dengan mudah memuat-turun pelbagai perkara tambahan untuk telefon mudah-alih mereka, dan menjadikannya lebih menarik lagi. Para pengguna boleh memuat-turun tema, wallpaper, nada dering, ebook, aplikasi dan sebagainya terus daripada aplikasi tersebut secara percuma.

Dan menariknya lagi, tiada sebarang pendaftaran diperlukan, dimana anda boleh serta-merta menggunakannya sebaik sahaja selepas memuat-turun aplikasi tersebut.

Jadi, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Mobile9 hari ini daripada Android Market, dan mula menggunakannya hari ini.


Friendster Di Beli MOL Global Pada Harga USD$39.5 Juta
Facebook Menjadi Medium Pasaran Digital Pilihan Di Malaysia
Oh! Media Bakal Melancarkan Blog Memfokuskan Apple
Senarai Tweet Dengan Jumlah Paling Tinggi Dalam Tempoh Sesaat Dikeluarkan Twitter
Twitpic Melancarkan Aplikasi iPhone Dengan Fungsi Seumpama Instagram

6 Komen

  1. deleted pada 01 Feb 2012

    aww yeah! tapi adakah selection apps dlam mobile9 still serabut mcm waktu download ntuk software java dulu? hmm…

    • androidman pada 01 Feb 2012

      Already install it in my galaxy tab :) die pnye selction xde serabut mcm yg jave pnye,simple n senang nk explore.

  2. Ahmad Hati pada 01 Feb 2012

    Tema iPhone ada tak untuk android

    Download Borang Permohonan Penyertaan SARA 1Malaysia

  3. Juan pada 01 Feb 2012

    dah lama aku x melawat blog mobile9 nih

  4. Hisham pada 01 Feb 2012

    ini sudah bagus

  5. Arrul pada 01 Feb 2012

    semenjak gne norkiah torch light ni membuatkan aq tggalkan mobile9…wakakaka


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader