Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Jawi merupakan salah satu perkara yang sering dilupakan oleh rakyat tempatan. Dan dalam usaha untuk terus memupuk semangat cintakan Jawi, disamping memberikan pembelajaran awal bagi kanak-kanak, salah satu aplikasi baru diperkenalkan, dinamakan sebagai myJawi Builder dan dilancarkan khas untuk iPad buat masa ini.


Melaluinya, ia menerapkan pembelajaran melalui permainan, dan disasarkan untuk para pengguna berumur antara 4 hingga 6 tahun. Namun, bagi kami, soal umur tidak menjadi masalah, dan sesiapa sahaja boleh bermain dengannya. Walaubagaimanapun, untuk pengguna dewasa, mungkin soal grafik akan menjadi sedikit masalah, dan mungkin anda harapkan grafik yang lebih lawa dan menarik.
my Jawi Builder ini juga disasarkan untuk para pengguna kanak-kanak, memandangkan hanya menyertakan sebanyak 10 gambar sahaja untuk di eja oleh mereka, dan memfokuskan kepada Bahasa Malaysia buat masa ini. Namun, pembangunnya turut mengatakan versi Inggeris dan juga Mandarin akan diperkenalkan tidak lama lagi. Mungkin lebih banyak kategori akan diperkenalkan dalam kemaskini akan datang.
Jadi, sekiranya anda menggunakan iPad, dan ingin memperkenalkan Jawi kepada anak-anak atau adik anda, mungkin anda boleh memuat-turun my Jawi Builder hari ini melalui AppStore pada harga $0.99.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
harap benda macam ni diperbanyakkan.
Harap tak tiba2 hilang spt Aku Jimat. Kena perbanyakan kandungan tempatan… Tahniah kepada pembangun.
Pada harga $0.99, sememangnya berbaloi. Bukan mudah untuk membangunkan aplikasi seperti ini lebih-lebih lagi kurang atau mungkin tiada langsung di pasaran app. Jadi tahniah kepada pembangun. Grafik perlu penambaikan tetapi bukan isu besar untuk pembangun memperbaikinya. ‘A MUST BUY!’
Segala komen didahulukan dgn ucapan terima kadih kerana mmg itu yg diharapkan daripada pembangun, terima kasih amanz.my kerana memberi ruang.
ساي سوك ڤروݢرام اني
untuk android ada tak..?
salam, leh kasi price ipad jawi ni?
Mau beli utk diri sendiri nih.
aku xreti tgk harga yg dolar2 ni… amanz len kali RM kan. hehe