25Feb

MyPrize – Pertandingan Daripada YTL Tanpa Sebarang Pemenang?

Lain-lain, Telekomunikasi

YTL ketika memulakan perkhidmatan mereka sebelum ini, telah pun memperkenalkan pertandingan MyPrize, yang mengalakkan inovasi dikalangan pembangun tempatan mahupun antarabangsa, Setelah lebih daripada setahun menantikan keputusannya, akhirnya pihak komiti MyPrize telah pun mengeluarkan kenyataan, dan mengejutkan kerana tiada sebarang pemenang diumumkan oleh mereka.

Melalui emel yang dihantarkan oleh mereka, ia dikatakan MyPrize telah menerima pelbagai penyertaan yang menarik dari segi idea dan juga aplikasi. Tetapi menurut mereka, ia tidak mencapai sebarang piawaian yang ditetapkan, sekaligus membuatkan tiada sebarang penyertaan yang layak memenangi pertandingan tersebut.

Namun begitu, pihak MyPrize memberikan hadiah merit kepada setiap penyertaan bersama prototaip, iaitu hadiah wang tunai sebanyak USD$150 (~RM450). Perkara ini semestinya akan mengejutkan ramai pembangun yang membangunkan prototaip dengan usaha untuk memenangi pertandingan tersebut, dan tidak menerima sebarang balasan yang setimpal.

Apabila cuba memasuki laman MyPrize, ia telah ditutup, dan segala idea yang dipertandingkan juga turut disembunyikan. Namun, bagi anda yang berminat, boleh merujuk kepada halaman Google Cache, dan menilai sendiri adakah ianya benar-benar tidak mempunyai sebarang kualiti ataupun bagaimana?


Pencalonan Anugerah MSC-Apicta 2010 Dibuka
Pemenang Anugerah ICT NEF-Awani 2010
Aplikasi Untuk Peminat Diskaun Dan Kupon Bakal Diperkenalkan
Nizam Razak - Pengarah Awal Siri Upin & Ipin Dan Boboiboy Menerima Anugerah Tokoh Negara
Laman Rasmi Perkhidmatan Jalur-Lebar Berwayar P1 Fiber Kini Aktif

18 Komen

  1. Bro Framestone pada 25 Feb 2012

    Risau, idea mereka di olah dah dijadikan produk orang lain….

  2. Dadan pada 25 Feb 2012

    saya cuba melihat dulu ah..

  3. ejam pada 25 Feb 2012

    agak tidak adil disini, mereka perlu bagi penerangan yang lebih lagi kenapa sampai tiada pemenang langsung.
    adakah benar sebenar-benarnya PANEL penilai yang buat keputusan atau pihak YTL sendiri yang menarik kembali peruntukan untuk pertandingan ini…erm..

  4. myFirdaus pada 25 Feb 2012

    normal bagi company besar utk mencuri idea orang lain kemudian diolah menjadi produk akan datang.

  5. Syafiq Лomoтехн pada 25 Feb 2012

    nak saman? sudah tentu tak boleh. sebab

    1. korang tak patenkan produk/idea tu
    2. korang hantar idea tu kat dia, bukan dia curi
    3. T&C mesti kata, semua idea yang dihantar boleh digunakan oleh pihak YTL secara bebas dan ikut suka hati kami

    so? yang memikir dapat penat, yang mencuri dapat idea

    • scromix pada 26 Feb 2012

      konsep mark zuckerberg dalam membangunkan facebook.

  6. NoktahHitam pada 25 Feb 2012

    boycott je company mcm ni. YTL = YES, boikot je.

  7. phoenixstudio pada 25 Feb 2012

    yes kedekut

  8. hehe pada 25 Feb 2012

    nampak macam mereka baru sahaja mengubah laman web kepada ucapan terima kasih.

    • hehe pada 25 Feb 2012

      eh silap2. tadi salah tengok. :)

  9. kaihnsn pada 25 Feb 2012

    YES Malaysia boleh. Terima kasih.

  10. Arsyan pada 26 Feb 2012

    Kena hina plak tu “not up to standard” aku rasa baik diorang tak yah sebut ayat tu lagi sedap hati kat participans …

    https://twitter.com/#!/arsyan/status/173338119679115264

  11. shah pada 26 Feb 2012

    macam nak curi idea jer

  12. Devil Devolopers pada 27 Feb 2012

    Dear Datuk fucking Tan Sri watever YTL, how do u feel about uncertainty?

    http://pastebin.com/raw.php?i=FYbCgziw

  13. James Khoo pada 27 Feb 2012

    James, here founder of secQ.me (http://secq.me), like you, I have spend countless of hours to build my prototype for the competition, is running perfectly when I presented the application to YTL mgmt team.. at Dec, 2010

    They have postpone the announcement again and again since Jan-2011, and since, secQ.me have won of series of intentional awards, including
    - Sony Ericsson 2011 Application Awards
    - VentureBeat King of Code Awards
    - GIST Startup Competiton
    - CNBC – secQ.me

    Looks, I am not trying to show off here, if the above awards still not up to par with YTL Standards.. wow, YTL must be looking on Next Twitter/Google/Facebook ideas..

  14. robotys pada 19 Mar 2012

    @james khoo
    Looks like they didn`t find what they looking for then.
    They can run but they surely can`t hide eh..

  15. robotys pada 19 Mar 2012

    if anyone wondering wth @Devil Developers do… he (or may as well she) just dump all yes.my mysql credentials (database:username:password)

    Happy effing day~~


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader