22Feb

Nafas Baru Bakal Diberikan Pada Flickr – Antaramuka Baru Akan Diperkenalkan

Yahoo!

Salah satu perkhidmatan gambar yang popular dikalangan jurugambar adalah Flickr, yang mana membolehkan mereka menawarkan dan memperlihatkan hasil rakaman mereka kepada umum, dan memilih perlesenan yang sesuai untuk kandungan mereka. Secara ringkas, ia boleh diperkatakan Flickr sebagai laman sosial untuk pencinta gambar dan kamera.

Namun, akhir-akhir ini ianya kelihatan sedikit merudum, dimana dengan saga berkaitan Yahoo! yang menutup beberapa produk mereka, membuatkan beberapa pengguna beralih menggunakan 500px, Picasa, dan juga alternatif lain seperti Facebook Photos dan sebagainya. Walaubagaimanapun, bagi kami secara peribadi, kualiti hasil rakaman yang diperlihatkan di Flickr adalah lebih tinggi berbanding yang lain.

Dan untuk menarik kembali para pengguna, disamping memberikan nafas baru untuk perkhidmatan mereka, Flickr bakal memperkenalkan rekabentuk antaramuka yang serba baru untuk perkhidmatan mereka dalam masa seminggu lagi, iaitu pada 28 Februari kelak.

Melalui rekabentuk yang serba baru ini, ia memfokuskan pada hasil rakaman yang diperlihatkan, disamping mengurangkan ruang kosong diantara gambar pada masa sekarang ini. Selain daripada paparan gambar, Flickr juga bakal membawakan halaman muat-naik yang serba baru, jauh berbeza dengan apa yang ada sekarang ini.

Dengan perubahan ini, ianya dijangka akan menerima lebih banyak aktiviti pada halaman tersebut, dan ini akan menjadi salah satu langkah pertama mereka sebelum membawakan beberapa perkara lagi sepanjang tahun ini.

Jadi, daripada paparan yang diperlihatkan, apakah pendapat anda berkenaan dengan rekabentuk baru Flickr yang bakal diperkenalkan bermula daripada minggu hadapan?


Yahoo! Mail Kini Menyokong Fail Sebesar 100MB
Pandang Pertama Mikro-Blog Yahoo! - Meme
Yahoo! Akan Menutup GeoCities Pada 26 Oktober
Kerjasama Microsoft-Yahoo! Bakal Mendapat Perkenan EU?
Yahoo! Menyambut Ulang Tahun Ke-16

6 Komen

  1. Izham pada 22 Feb 2012

    Picasaweb lagi senang, boleh pilih saiz gambar dgn tukar url je. Kualiti sampai 2048px

  2. Syafiq Zainal pada 22 Feb 2012

    Good luck flickr!

  3. Dadan pada 22 Feb 2012

    mungkin dengan adanya perubahan ini, banyak yang beralih lagi ke flickr..

  4. fadzioriq pada 22 Feb 2012

    Aku harap kalu dah tak ramai nk guna flickr nih, Yahoo tak tutup, tp jual pada mana2 organisasi besar~sbb byk gamba dlm tuh so kalu tutup susah gak nk kene download balik gamba dalam tuh~huhu

  5. RIS-FAMILI pada 22 Feb 2012

    Guna tapi tak secara tetap sbb tak suka simpan gambar secara online.

  6. tarmizishukri pada 22 Feb 2012

    flickr masih releven utk photographer profesional..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader