27Feb

Ingin Mengetahui Lokasi Pasar Malam Berdekatan? Kini, Ada Aplikasi Untuknya

Perisian, Web 2.0

Pasar Malam merupakan salah satu tempat yang sering menjadi kunjungan ramai setiap minggu, tanpa mengira lokasi, diseluruh Malaysia. Ia menjadi salah satu lokasi dimana rakyat Malaysia mendapatkan makanan dan sebagainya pada kadar harga yang menarik. Dan untuk memudahkan anda mengetahui pasar malam berdekatan dengan lokasi anda, sebuah aplikasi ringkas diperkenalkan, iaitu NightMarkets Malaysia.

Buat masa ini, ianya hanya ditawarkan kepada para pengguna platform iOS sahaja, tanpa mengetahui sebarang info berkaitan adakah ianya akan dilancarkan kepada para pengguna platform lain ataupun tidak. Melalui aplikasi tersebut, ia menyenaraikan lokasi-lokasi pasar malam di seluruh Malaysia, dimana disusun mengikut negeri, lokasi dan juga hari. Anda juga boleh melihat pasar malam berdekatan anda melalui sokongan geolokasi yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Jadi, bagi para pengguna iOS yang amat meminati untuk berkunjung ke pasar malam, mungkin ianya merupakan salah satu aplikasi yang penting untuk anda, dan boleh dimuat-turun secara percuma daripada AppStore hari ini.


Kini, Facebook Merupakan Laman Paling Popular di Malaysia
[Video] Cardinal Blue Mempersembahkan Tribute Balloon Di Echelon 2011
WinZip Memperkenalkan Aplikasi Rasmi Mereka Untuk Platform iOS
Facebook Mula Memperkenalkan Sokongan Untuk Melindungi Facebook Pages
Aplikasi IT Price Check Membolehkan Anda Mengikuti Harga Barangan Komputer Melalui iPhone

9 Komen

  1. sey-jii ha-fiz pada 27 Feb 2012

    kool!

    agak berguna utk dipakai…lebih2 lagi bagi yang 1st timer di tempat2 baru,
    tkyah daa asik nk tanya orang

  2. Syukri Lajin pada 27 Feb 2012

    benda ni tunjuk pasar malam bunian tak? haha.. jaga2 pegi tempat yg tak penah pegi.. hehehe

    • Fikri Adhey pada 27 Feb 2012

      +

  3. Dadan pada 27 Feb 2012

    Sangat sangat berguna sekali aplikasi ini

  4. yapompiow pada 27 Feb 2012

    bgs apps nie

  5. kaihnsn pada 27 Feb 2012

    Pasar malam Kota inabalu ada tak? Takdak kalu mmg app ni hampeh.

  6. Nisa pada 27 Feb 2012

    Sangat bagus untuk orang macam saya.Susah nak tau mana part of PJ/S.Alam yang ada pasar.Kalau ada specific tarikh lagi best

  7. RIS-FAMILI pada 27 Feb 2012

    Sesuai untuk org2 bujang mendapatkan bekalan secara berkala. Pergi – pilih – bayar.

  8. akmalhaziq pada 29 Feb 2012

    bagus ..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader