09Feb

Nikon Kekal Jenama DSLR Utama Di Malaysia Sepanjang 2011

Gajet

Nikon merupakan pengeluar kamera yang tidak asing lagi bagi pengguna tempatan. Walaupun pada tahun lepas, Nikon mengalami sedikit masalah, disebabkan oleh masalah banjir di Thailand, meninggalkan kesan kepada pengeluaran dan penjualan mereka, namun Nikon masih kekal sebagai jenama pilihan utama untuk DSLR di Malaysia.

Pada masa yang sama, Nikon juga mengatakan mereka akan cuba mendapatkan pegangan pasaran sebanyak 50% sepanjang tahun ini, setelah mengalami penurunan kepada sekitar hanya 40% tahun lepas.

Walaubagaimanapun, dari segi pasaran kamera digital, ia langsung tidak terjejas, dimana Nikon masih memegang 20% daripada pegangan pasaran di Malaysia seperti mana mereka sasarkan sepanjang tahun 2011.

Selain daripada itu, Nikon Malaysia juga turut mengumumkan pelancaran D800 dan juga kamera kompak Coolpix di Malaysia hari ini, setelah ianya mula dilancarkan dipasaran global pada awal minggu ini. D800 bakal dijual di Malaysia bermula daripada bulan Mac kelak, manakala D800E bakal mula dijual bermula daripada bulan April. Harga kedua-duanya tidak diumumkan, tetapi dijangka sekitar RM10,000 hingga RM12,000.


Apple Memperkenalkan Tablet Mereka - iPad
Apple Bersetuju Membayar Royalti Kepada Nokia
Pelancaran Malaysia Nokia N9 Ditangguhkan Ke Bulan September?
Kemaskini Android 2.3.4 Diperkenalkan Kepada Pengguna HTC Sensation Di Malaysia
Pandang Pertama : Samsung Galaxy S WiFi 4.2

12 Komen

  1. Maxloon120 pada 09 Feb 2012

    RM10,000 hingga RM12,000? Lebih dari budget I@@|||

  2. parih pada 09 Feb 2012

    gile mahal

  3. Dadan pada 09 Feb 2012

    oh ya bro, kalau menurut anda bagus yang mana Nikon apa Kodak ?

    • van der Rui pada 10 Feb 2012

      Kodak nak bankrup dah. Tahun ni dah stop produksi kamera.

  4. Khairul Kayz pada 09 Feb 2012

    mahal camne pun peminat kamera mesti beli punye…

  5. CMRatu pada 09 Feb 2012

    hehe.. tak sangup la nak pakai 36MP.. slow plak tu.. huhu..

  6. Fikri Adhiey pada 09 Feb 2012

    murah giler!!

  7. Masri Amin pada 09 Feb 2012

    ow…baik beli moto kawasaki ninja je

  8. Juan pada 09 Feb 2012

    nak beli la, yg murah jer

  9. mujib pada 09 Feb 2012

    Biasa beli utk investment utk dapat lebih… kalo hobby je mmg sape yg byk duit leh la.. =)

  10. Jebeng Otai pada 09 Feb 2012

    12k..alamakaih, better wat duit hantaran..hehe

  11. Lawrence Vision pada 10 Apr 2012

    Wow murahnya harga, boleh up lagi tak 20-30k haha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader