01Feb

Nikon Memperkenalkan Kemaskini Untuk Keluarga Kamera Coolpix

Gajet

Nikon memulakan bulan Februari 2012 ini dengan memperkenalkan beberapa kamera baru dibawah keluarga Coolpix, yang mana akan mula dijual di pasaran global dalam masa terdekat ini. Antara kamera kompak yang mendapat perhatian dalam pelancaran Nikon adalah termasuk Coolpix P310, L810, P510 dan juga beberapa keluarga siri-S yang baru.

Melalui Coolpix P310 ia membawakan kamera kompak 16.1-megapixel dengan sokongan ISO sehingga 3200, dan juga aperture f/1.8. Ia turut didatangkan dengan skrin sebesar 3-inci, membolehkan anda melihat rakaman gambar anda, serta turut menyokong rakaman video HD dalam bentuk 1080p pada 30fps. Melalui Nikon Coolpix P310 ini, para jurugambar boleh merakamkan gambar dengan cahaya yang rendah tanpa sebarang masalah.

Bagi P510 pula ia turut sama membawakan lensa 16.1-megapixel dengan sokongan zoom optikal sehingga 42x. Ia turut disertakan bersama aperture f/1.8, skrin LCD seluas 3-inci, dan juga sokongan rakaman video sehingga 1080p.

Pada masa yang sama, beberapa kamera siri-S baru diperkenalkan, menjadikannya antara kamera kompak yang nipis dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja tanpa sebarang masalah.


Perbandingan HTC Desire dan iPhone 3GS
Nokia X7 Mula Dijual Oleh DiGi Pada Harga Serendah RM799
Samsung Memperkenalkan Skema Penamaan Keluarga Galaxy
Nokia N9 Akan Mula Dijual Bermula Oktober - Harga Bermula RM1799 Untuk 16GB
Kemaskini PlayBook 2.0 Oktober Ini Bakal Membawakan Pelbagai Fungsi Baru Yang Ditunggu-tunggu

1 Komen

  1. Fikri Adhiey pada 01 Feb 2012

    aku ada camera mcm ni dalam keluarga coolpix gak iaitu model L120. hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader