08Feb

Ulasan : Kemaskini Symbian Belle Yang Kini Dikenali Sebagai Nokia Belle

Perisian

Ulasan ringkas ini adalah nukilan saudara Arif Ishak. Ikuti beliau di @Piratz ataupun pada blog beliau MrPiratz.com.

Mungkin dalam masa terdekat ini banyak berita yang melibatkan Nokia adalah melibatkan Nokia Lumia yang menggunakan sistem operasi Windows Phone 7 serba sedikit menenggelamkan kewujudan Symbian dan MeeGo. Tapi ianya tidak bermakna Nokia sudah tidak mengendahkan kewujudan peranti-peranti mereka yang menggunakan Symbian. Seperti yang anda tahu, lewat petang semalam kesemua peranti Nokia yang menggunakan sistem operasi Symbian Anna telah mendapat kemaskini terbaru iaitu Nokia Belle.

Belle membawakan peningkatan dan paparan yang baru jika dibandingkan dengan versi yang sebelum ini. Banyak maklum balas yang diterima mengatakan paparan Nokia Belle ini seakan-akan Android. Antara peningkatan pada Belle adalah pembaharuan pada widget, lebih banyak pilihan untuk penyesuaian, dan dan aplikasi serta fungsi NFC (bagi peranti yang dilengkapi NFC sebagai contoh Nokia C7).

Berikut adalah ciri-ciri yang terkandung pada Nokia Belle :

1. Pelbagai bentuk, saiz dan widget langsung – widget seperti jam, email pemain muzik, dan kalendar telah direka bentuk semula dan didatangkan didalam lima saiz yang berbeza-beza. Ianya juga boleh diatur secara bebas pada paparan skrin. ‘Toggle’ widget juga diperkenalkan bagi memudahkan pengguna mengaktifkan bluetooth atau menukar profail

2. Lebih skrin utama (homescreen) – Jika pada Symbian Anna anda hanya boleh menggunakan 3 sahaja skrin utama tetapi tidak pada Nokia Belle. Ianya telah ditambah dari 3 ke 6 skrin utama.

3. Pengenalan bar status – Ianya adalah tab pemberitahuan yang menggabungkan tetapan biasa dan pemberitahuan mesej masuk, panggilan tidak dijawab, dan lain-lain.

4. Bar navigasi dan menu – Bar navigasi dan tetapan pada bahagian bawah screen juga dibaharui. Ianya bertetapan dengan peralihan Nokia ke Qt Framework dan kelihatan hampir sama dengan Nokia N9.

5. Skrin kunci yang berinformasi – Skrin kunci kini memberitahu pengguna mengenai panggilan tidak dijawab, mesej, dan lain-lain. Ianya memudahkan pengguna memeriksa telefon sekali imbas. Latar belakang skrin kunci juga kini dipaparkan mengikut latar belakang skrin utama.

6. Peranti NFC – Kini dengan Nokia Belle, peranti yang telah mempunyai NFC dapat menggunakannya. Jadi mereka boleh berkongsi gambar, menyambung dengan aksesori, dan daftar masuk hanya dengan melakukan ‘tap’ pada peranti NFC lain.

Ulasan Ringkas Mengenai Nokia Belle

Jika dahulu aku hanya sempat melihat Nokia Belle kurang dari sejam semasa pergi melihat peranti Nokia 701, 700, dan 600. Tetapi, sejak petang semalam, akhirnya aku dapat menggunakan Nokia Belle yang ditunggu-tunggu oleh semua pengguna Nokia terutamanya pengguna Symbian Anna. Disebabkan itu, pihak Amanz.MY telah dengan kerasnya memaksa aku menulis ulasan mengenai Nokia Belle yang telah aku pasang pada Nokia E7. Jika sebelum ini aku menerima pelbagai maklumbalas yang buruk mengenai Symbian, tidak kiralah ianya Symbian Anna ataupun Symbian Series 60 (S60). Sebagai contoh maklumbalas mengenai prestasi Symbian yang agak ‘lag‘, kerap ‘hang‘ dan kurang stabil itu tidak disangkal oleh aku yang menggunakan Symbian Anna sebelum ini. Disebabkan masalah berikut, ramai pengguna Nokia berpindah ke Android dan iOS. Mungkin agak lambat pihak Nokia mengeluarkan kemaskini Belle ini. Oklah kan dari tak ada langsung.

Seperti yang aku telah beritahu diatas, untuk Belle skrin utama ditambah dari 3 menjadi 6. Ianya memberi lebih ruang untuk pengguna seperti aku yang banyak menggunakan aplikasi, widget dan memudahkan aku mengakses aplikasi tersebut. Idea menambah skrin utama tersebut amatlah bagus kerana aku tidak perlu melakukan ‘flash’ pada E7 ini bagi berbuat demikian. Ditambah dengan ciri baru iaitu bar status yang boleh diakses dengan meluncurkannya kebawah seperti yang terdapat pada sistem operasi Android dan iOS. Ianya memang dinanti-nantikan kerana ramai pengguna ingin mendapatkan capaian pada tetapan dan notifikasi dengan cepat. Jika Apple juga memasukkan fungsi tersebut pada iOS 5, mengapa tidak Nokia. Apa yang aku kurang minati adalah latar belakang pada skrin utama kerana aku perlu menetapkan gambar pada setiap skrin utama dan tidak dioptimumkan satu gambar untuk semua skrin utama.

Pada paparan menu pula, Nokia telah pun menyingkirkan folder supaya kesemua aplikasi dapat dilihat pada satu paparan sahaja dan tetapi, ianya tidak sesekali pun mengganggu prestasi E7 ini. Walaupun Nokia menyingkirkan folder, tetapi aku masih dibenarkan membuat folder bagi memudahkan aku mengkategorikan aplikasi tersebut. Apa yang aku kurang minati untuk pembaharuan menu ini adalah aku perlu ‘tap & hold’ ikon aplikasi untuk mengubah susunan atau meletakkannya pada skrin utama. Selain dari masalah ini, aku juga tidak dibenarkan membuat folder didalam satu folder yang lain. Nasib baik fungsi carian pada bar navigasi disediakan. Mudah sikit nak cari aplikasi.

Bukan sahaja paparan yang diperbaharui. Nokia Browser juga diperbaharui dan kelihatan mempunyai bar navigasi baru yang lebih mesra. Ia kelihatan lebih laju memuat laman web berbanding versi sebelum ini. Paparan split-screen juga akhirnya wujud apabila fungsi itu tidak dimasukkan pada sesetengah versi Symbian Anna. Untuk jumlah tetingkap yang boleh dibuka didalam satu masa ditambah menjadikan keseluruhannya 6 tingkap berbanding 3 tingkap yang dibenar pada versi sebelum ini. Malangnya, ianya masih belum boleh menyokong HTML5 sepenuhnya.

Lain-lain perbaharuan yang dibuat adalah pada galeri, pemain muzik, pemain video dan bahagian kenalan. Kesemuanya membawakan perubahan pada paparan antaramuka. Selain itu untuk bahagian pesanan atau mesej juga diberi paparan baru. Anda boleh memilih samaada untuk melihat dalam bentuk perbualan ataupun folder (inbox, outbox, dan lain-lain).

Kesimpulannya, dari segi paparan antaramuka Nokia Belle ini kelihatan seakan-akan Android yang ada dipasaran. Mungkin masih ada beberapa kekurangan, tetapi ia memberikan pengalaman baru bagi pengguna Nokia/Symbian seperti aku. Mungkin buat masa sekarang masih belum banyak aplikasi yang bersesuaian dengan Nokia Belle, tetapi anda boleh mencuba versi paling terkini untuk aplikasi yang anda mahu gunakan. Harap maaf jika ulasan ini tidak ditekankan pada prestasi Belle, ini kerana aku masih belum 24jam menggunakan Belle. Masih banyak lagi yang perlu diterokai.

Ulasan ringkas ini adalah nukilan saudara Arif Ishak. Ikuti beliau di @Piratz ataupun pada blog beliau



29 Komen

  1. Piratz pada 08 Feb 2012

    Bertabur tatabahasa aku.. :(

    • ibj7739 pada 08 Feb 2012

      terabur xpe asal smpai maksud hehehehehehe
      NOKIA POWER….

    • Arrul pada 09 Feb 2012

      aq phm gak pe yg ko bg tau ni..hahaha

  2. Nama (diperlukan) pada 08 Feb 2012

    Nokia Belle terbaik

  3. Amir Hamzah pada 08 Feb 2012

    “Tapi ianya tidak bermakna Nokia sudah mengendahkan kewujudan peranti-peranti…”

    Tidak mengendahkan.

  4. mfahmiy pada 08 Feb 2012

    memang best nokia belle ni. Dengan penggunaan ram yang di optimumkan, hampir tiada lag pada E7 nih. Yang lagi best, peningkatan pada kamera… boleh ambik video HD pada 30fps! Walaupun E7 hanya ada kamera EDOF, tapi berbaloi! Terima kasih Nokia!

  5. beejan pada 08 Feb 2012

    buble lock aku dah xde…
    dalam beta lab pun dah xde…

    anti-mosquito pun xde… camne nak halau nyamuk!!

    ape2 pun belle mmg best!!

  6. speedrider pada 08 Feb 2012

    kesian kat nokia. kena tinggal bertiang dah ni

  7. Dadan pada 08 Feb 2012

    paling baiklah Nokia belle

  8. Janjang pada 08 Feb 2012

    hm.. dah buka Nokia Suite, dah plugin N8 ke laptop… tekan butang software update.. result –
    no update available.. waaa.. apsal takde update plak nih..

    • syaz pada 09 Feb 2012

      Sudah update ke latest nokia suite? Kalau belum update tu dulu.

      • Janjang pada 09 Feb 2012

        dah buat, tu yang mule2 skali dibuat. semua step kat sini dah ikut http://www.nokia.com/my-en/support/nokia-belle-software-update/

        sebab tukar board ker jadi takleh update? penah hantar ke Nokia Care dan tukar board.
        tapi update lain sebelum ni ok jer.. :(

        Nokia Suite 3.3.86
        Your phone is up to date. It has the software version 022.014 .

        tq syaz for help

        • Sabarjelah pada 12 Feb 2012

          Sama dgn aku. takleh update. Pernah tukar board juga

  9. bad pada 08 Feb 2012

    byk gak game aku yg hilang lagi2 yg kene install lepas hack nyer… huhuhu… belle best ringan plak ade jgk certain2 aku blur lagi, tp stakat ni ok la..

    just aku suka camera yg nokia betalabs nyer…

    aih nyesal beli s2.. nak harap performance pon xdela laju giler babi pon. bila da penuh game apps selenge gak.. aku byk pkai n8 sbb pegi mana2 aku suka snap gambar2.

    kdg2 jer masa anna tu mcm sakit ati jgk die pnya time lembab die datang.. hahah apa aku nmpak prestasi belle stakat ni cun seh

  10. MeiYen306 pada 09 Feb 2012

    Heheh.. For me the phone looks nice!^^

  11. muhian pada 09 Feb 2012

    aku rasa prestasi sama sahaja tiada perubahan sangat berbanding versi symbian sebelum ini.

    • syaz pada 09 Feb 2012

      Byk beza terutama RAM management. Tiada lagi memory leaks. Cuba run Opera Mobile sekali dgn 5@6 lagi apps lain yg heavy. Takde masalah. Kalau Anna Opera sahaja dah cukup utk kill lain2 running apps or keluar ‘memory full’.

      • muhian pada 09 Feb 2012

        bab ram tu mmg ok.
        tapi aku dah cuba run heavy2 buka nokia browser max tab website berat2,game,map,app2 lain tetap ada kill app kat background.

  12. asalkan bukan iphone pada 09 Feb 2012

    design looks good. nokia mmg pulun kt belle nie..tp dgr cite lepas nie carla n donna only for certain type of processor. fragmentation?

  13. Mayang Abadi pada 09 Feb 2012

    Terbaik ah Nokia Belle…

  14. kikoz pada 09 Feb 2012

    Cute jg belle..sblum ni rasa malas nk susun shorcut n widget sbb kena duk dalam kotak. Nk isi kene isi empat terus..kalau x kuar icon tnde soal..yg belle rase cam best sbb beley psg satu2..sama dgn android dh tu..tp n8 aku guna utk kamera n map je..bosan..app terlalu ciput..android juga terbaik

  15. nur pada 09 Feb 2012

    adakah ini mampu mengalahkan android?.. ha tu persoalanya..

    • anti capitalism pada 09 Feb 2012

      napa perlu anti-android.. android open source.. free lagi… ada android-x86 kalau nak guna utk pc.. semuanya percuma.

      napa tak anti apple, microsoft. dah lah kena bayar,, nak guna os lain pun kena bayar kepada mereka..

      • kasim pada 09 Feb 2012

        tu la masalah org kita,,, tak tahu mana boleh buat kawan yg mana boleh buat lawan

  16. zul pada 09 Feb 2012

    mcam HTC pn ada…

  17. syaz pada 09 Feb 2012

    Ada satu trick lg yg blh dicuba, setengah orang buat jadi, ada juga yg buat tp xjadi jgk. Tukar date pada laptop, carry forward dlm 3 bulan cam2. Pas2 biarkan dlm 15minit ke then connect n8 ke laptop tgk ada update x. Xblh jgk tggu jelah mungkin product code kau lain. Xmau tggu blh ke Nokia care @ flash sendiri download dari navifirm. Aku pun rasa mcm nak flash blk ke custom firmware sebab yg official ni agak kureng.

    • Janjang pada 09 Feb 2012

      ade baca kat 1 forum tadi, lupe plak nak save url die. kat forum tu bgtau suh guna nokia suite 4. ade ker? amik kat nokia betalab kot. pastu boleh update. tapi download 3Gb. ingat nak try tapi bile tgk saiz besar sgt tak jadi

      • syaz pada 09 Feb 2012

        Ishk..xpernah dgr ni biar betul? Tp kalau btl pun, 3gb? Huhu sorilah..membazir tuh..

  18. ali azhar pada 03 May 2012

    sound smartphone ada berubah..???cth sound dia jadi perlahan bila dh update belle ni


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader