10Feb

Nokia Lumia 800 Dan 710 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Gajet, Telekomunikasi

Hari ini, Nokia Lumia 800 dan juga 710 telah dilancarkan secara rasminya di Malaysia, membolehkan para pengguna mendapatkannya dari Nokia Store seluruh negara. Di Malaysia, Nokia Lumia 800 dijual pada harga RM1650, manakala Nokia Lumia 710 pada harga RM999. Menariknya, selain daripada DiGi, Maxis dan juga Celcom turut menawarkan pakej mereka membolehkan para pengguna mendapatkannya melalui syarikat telekomunikasi pilihan mereka.

Melalui Maxis, Nokia Lumia 800 boleh didapati pada harga serendah RM799 dengan kontrak selama 24 bulan dengan komitmen bulanan sebanyak RM98 untuk penggunaan data sebanyak 6GB. Selain daripada itu, Maxis turut sama menawarkan Nokia Lumia 710 dengan pilihan pelan data 3GB (komitmen bulanan sebanyak RM68 sebulan), dengan tempoh kontrak yang sama.

Selain daripada Maxis dan DiGi, Celcom turut sama menawarkan pakej mereka dengan pilihan pelan Celcom Exec pada harga serendah RM998. Untuk pakej harga peranti terendah itu, para pengguna perlu melanggan perkhidmatan Celcom sekurang-kurangnya selama 18 bulan dengan komitmen bulanan sebanyak RM250. Namun, seperti Maxis, Celcom turut menyediakan beberapa pilihan pelan dan pakej mereka.

Bagi mereka yang tidak inginkan sebarang komitmen, anda boleh mendapatkannya terus daripada Nokia Store seluruh negara pada harga RM1650 untuk Nokia Lumia 800 dan RM999 untuk Nokia Lumia 710.

Oleh: Fairuz Bakar


Nexus One Membawakan Android 2.1
Adakah Hanya Celcom Dan DiGi Sahaja Yang Akan Menawarkan Nokia N9?
(Video) Dokumentari Pembangunan Jalur-Lebar Berkelajuan Tinggi Oleh TM
Motorola Memperkenalkan Peranti LTE Paling Nipis - Droid RAZR
Droid Razr Akan Mula Dijual Bermula Jumaat - Berharga RM1999

14 Komen

  1. Omar pada 10 Feb 2012

    Harga untuk Lumia 800 tu promo dia.. pergh!

  2. Dadan pada 10 Feb 2012

    kapan ya peluncurannya di Indonesia..

    • Aman pada 11 Feb 2012

      di Indonesia pada minggu hadapan, 17 Februari.

  3. Beburung pada 10 Feb 2012

    Wow, nice! Dah ram bang mata ni.

    *rasa macam kiut lak gerbang New Nokia Lumia tu*

  4. budakudm pada 11 Feb 2012

    xgempak pun…cit

  5. Aminiesta pada 11 Feb 2012

    No Symbian No Nokia!

  6. haziq pada 11 Feb 2012

    nice.

  7. Sutramaya pada 11 Feb 2012

    Siapa tahu harga earphone in-ear from monster tu? Macam cantik…

    • paeh pada 12 Feb 2012

      headphone monster tu RM600+, earplug aku tak sure berapa. tapi nokia ada buat promo sekarang. beli harga retail dapat free semua tu

  8. roni pada 11 Feb 2012

    adakah windows dan virus dapat dipisahkan…?

    • eins pada 12 Feb 2012

      Platform Windows Phone 7 lebih secure dan bebas malware tak macam Android

  9. Izzuddin Jr. pada 11 Feb 2012

    Nokia Lumia 800 nampak macam best je .
    erm, nampak jela . . .

  10. zerous pada 11 Feb 2012

    nokia+window=lumia ;-)

  11. slee pada 12 Feb 2012

    dah try td..smooth gile..saing2 ios


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader