Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan semua pengeluar peranti mengeluarkan data berkenaan jualan dan prestasi syarikat mereka pada suku tahun keempat tahun lepas, kini ia kelihatan, Nokia masih mengungguli jualan telefon mudah-alih seluruh dunia dengan jualan sepanjang tahun mencecah 417.1 juta peranti. Diikuti dibelakang adalah Samsung dengan 329 juta jualan peranti sepanjang 2011.

Dan apa yang mengejutkan, kini Apple mendahului LG, mengambil kedudukan ke tiga, manakala LG menduduki tangga keempat. Syarikat pengeluar peranti dari China, iaitu ZTE menduduki tangga ke-lima dengan jualan sebanyak 66.1 juta peranti dan memegang sebanyak 4.3% pasaran dunia. Walaupun semua syarikat memperlihatkan peningkatan sepanjang tahun, LG Electronics dan juga Nokia memperlihatkan sedikit penurunan.
Pada penghujung bulan ini juga, bakal diadakan adalah Mobile World Congress, yang mana akan memperlihatkan pelbagai nama besar memperkenalkan beberapa peranti mereka untuk tahun ini.
Adakah Samsung bakal memberikan saingan hebat kepada Nokia pada tahun ini, dan adakah Nokia akan berjaya dengan jualan peranti Windows Phone mereka sepanjang tahun ini kelak?
15 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Tahun ni Nokia akan jatuh lagi dan ZTE akan meningkat…
Mane SONY !!!
#SonyFags! Lets rageeeeeee
ZTE? oh sh!t… xkot…ZTE bleh naik, tapi lambat skit…
zte leh masuk dalam senarai.. kompem power ni
Baru perasan. Mana sony?
sony dah bertukar jadi sani express..LOL
HTC pun tak ada dalam list
yg ni bukan smartphone shj kan?
Puas hati dengan Samsung Galaxy Note..siyess!
Mane SONY ????
haha… baru amanz letak thumbnail post.
Aik..Sony Ericsson tak aktif ka
Sony termasuk dalam dalam other… ha ha ha… tak laku…
kalau smartphone saja? rasa2 apple kot 1st rank kan.. hehe…
Samsung (http://amanz.my/2012/01/samsung-mendahului-apple-dalam-penjualan-telefon-pintar-sepanjang-tahun-2011/)