Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dibawah tekanan hebat daripada pesaing-pesaing dan pengeluar peranti pintar yang lain, Research In Motion sedang memfokuskan kepada pembangunan BlackBerry 10, iaitu platform terbaru daripada RIM, yang bakal didatangkan bersama-sama peranti baru mereka pada tahun ini. Dan menariknya, kini, beberapa paparan awal platform tersebut sudah pun mula kelihatan, yang boleh diperkatakan sebagai versi pembangunan BlackBerry 10.

Melalui paparan yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana BlackBerry 10 kelak akan membawakan sokongan widget pada skrin utama, membolehkan para pengguna mengakses aplikasi kegemaran mereka dengan pantas. Ikon juga kelihatan seperti diberikan nafas baru, yang mana lebih menarik dan kemas berbanding sedia ada. Ia juga kelihatan, BlackBerry 10 membawakan sokongan video chat dan sebagainya, selain butang panggilan, carian dan kamera diletakkan pada bahagian bawah skrin.


Ini boleh diperkatakan sebagai rekabentuk awal untuk BlackBerry 10, dan mungkin lebih banyak info berkaitan dengannya akan kelihatan dari semasa ke semasa.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Wah! Sokongan widget. Nampak menarik lebih menarik. Hebat.
lagi cpt battery aku kong haha
nice..
satu terobosan yang menarik, cuma sayangnya saya ga punya Blackberry…
BB kena buat sesuatu, kalau tak, ketinggalan dengan Android dan iOs..
Sebenarnya tak payah ada widget2 bagai tu pun dah ok. I pakai BB sebab nak communicate. Nak dengar lagu, dah ada iPod, nak main game, gunalah PSP, nak online? Lebih puas guna lappy
dah macam nokia belle aku tengok.. hahaha..
I was once a BB user. But due to the irrelevant issue that juices my data charges, i might say a BIG NO to BB afterwards.
Go unlimited.
…and u comment abt this here? #fag
nak tiru android la tu