22Feb

Pembangun Tempatan Memperlihatkan Sokongan Kawalan Perkakasan Elektrik Menggunakan Suara

Gajet, Lain-lain

Di Malaysia, terdapat ramai pembangun tempatan yang berpotensi tinggi, tetapi disebabkan projek mereka tidak begitu ditonjolkan, maka tidak diketahui ramai. Hari ini, salah seorang pembangun tempatan telah memuat-naik video projek terbaru mereka di YouTube, memperlihatkan kawalan perkakasan elektrik di rumah terus menggunakan peranti mudah-alih. Menariknya, melalui demo tersebut, kawalan melalui suara juga turut sama diperlihatkan.

Melalui video tersebut, pembangunnya memberikan penerangan menyeluruh berkenaan dengan rekabentuk komponen yang dibangunkan oleh beliau untuk menjayakannya. Ia dijayakan melalui penggunaan Bluetooth yang dihubungkan kepada micro-controller, dan seterusnya mesej yang diterima diinterprasi dalam mengawal peralatan dan perkakasa elektrik dirumah.

Melalui aplikasi yang dihasilkan, ia membolehkan para pengguna untuk mengawal perkakasan elektrik seperti kipas dan lampu, menggunakan samada suara ataupun butang pada telefon pintar mereka.

Buat masa ini, perancangan pembangun untuk memasarkan perkara ini masih lagi tidak diketahui. Namun, semestinya kami mensasarkan jika beliau memasarkannya pada harga yang bersesuaian, maka ia akan diterima ramai pengguna tempatan.


Generasi iPhone Seterusnya Di Panggil iPhone HD?
Ice Cream Sandwich Diperlihatkan Melalui Video Ringkas
Nokia Mengumumkan Peranti Windows Phone Pertama - Nokia Lumia 800
Celcom Menawarkan Samsung Galaxy Tab 7.7 Pada Harga Serendah RM1409
Politeknik Ibrahim Sultan Memperlihatkan Kawalan Suis Menggunakan Internet

9 Komen

  1. Dadan pada 22 Feb 2012

    hasil karya yang harus terus dikembangkan…

  2. mohd pada 22 Feb 2012

    Good job! Keep it up!

  3. famejade pada 22 Feb 2012

    rumah pintar semakin hampir :)

  4. ali mamak pada 22 Feb 2012

    terbaik.. makin canggih la nti

  5. Izzuddin Fauzi pada 22 Feb 2012

    Android kan… Apapun mungkin… LINUX!

  6. captainLJ pada 22 Feb 2012

    dunia teknologi semakin berkembang…
    yeah…

  7. faizma_ pada 22 Feb 2012

    kalau integrate xbee shield boleh connect dengan router ni

  8. phoenixstudio pada 23 Feb 2012

    wow!
    great engineering!
    syabas

  9. Izzuddin Jr. pada 24 Feb 2012

    Tahniah !
    Anda memang hebat !
    Teruskan usaha anda ^__^ !


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader