Cari @ Amanz

Baru sahaja semalam pihak Avast mengeluarkan kemaskini versi Release Candidate kepada semua untuk diuji, dan nampaknya, mereka telah mengatasi pelbagai perkara, dan hari ini telah pun melancarkan Avast 7 secara rasminya kepada umum, lebih awal daripada jangkaan kami. Bersama-sama dengan Avast 7, ia turut menyertakan integrasi sokongan awan padanya untuk memudahkan para pengguna.

Melalui Avast 7, salah satu perkara baru adalah sokongan kemaskini masa-nyata untuk pangkalan data berkaitan fail-fail berbahaya seperti virus, malware dan sebagainya. Melalui versi baru ini, ia membolehkan para pengguna mendapatkan kemaskini serta-merta apabila sesuatu perkara didapati oleh pihak Avast, dan tidak perlu ternanti-nanti seperti sebelum ini.

Avast 7 juga turut didatangkan dengan sokongan Windows 8 padanya, serta kini lebih kurang menggunakan pemprosesan berbanding sebelumnya. Para pengguna Avast juga turut sama boleh mendapatkan pelbagai data dan informasi berkaitan penggunaan mereka terus daripada Avast Management Portal. Antramuka padanya turut mengalami sedikit perbezaan berbanding versi sebelum ini.

Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun dan menguji Avast 7.0 hari ini, dan berikan maklumbalas anda berkaitan dengan produk antivirus ini apabila dibandingkan dengan program antivirus kegemaran anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd