Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Ingatkah lagi perkhidmatan Astro NJOI yang disebutkan sebelum ini? Kini, perkhidmatan tersebut telah pun dilancarkan secara rasminya, membolehkan mereka yang berminat untuk mendapatkannya. Buat masa ini, Astro NJOI menawarkan 18 saluran televisyen dan juga 19 saluran radio, kesemuanya secara percuma.

Bagi yang masih tertanya-tanya akan perbezaan antara NJOI dan saluran berbayar Astro yang biasa, melalui NJOI, para pengguna tidak perlu membayar sebarang yuran bulanan, dimana mereka hanya perlu membeli dekoder khas untuknya pada harga RM288, dan membayar yuran pemasangan sebanyak RM100.

Dengan dunia internet yang semakin bekembang pantas, mungkin ramai yang tidak lagi menghabiskan masa dihadapan televisyen, dan mungkin boleh menamatkan perkhidmatan televisyen berbayar mereka, dan melanggan perkhidmatan NJOI ini, yang mana memfokuskan kepada pendidikan dan berita buat masa ini.
Bagi pengguna Astro sedia ada yang ingin beralih kepada perkhidmatan NJOI, mereka perlu membayar yuran sebanyak RM99 untuknya. Selain daripada NJOI, pada tahun lepas, Astro juga turut sama telah memperkenalkan perkhidmatan Astro IPTV kepada umum.
Jadi, adakah selepas ini pelanggan berbayar Astro akan beralih kepada NJOI?
40 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Malangnya…. macam mana nak tengok anime…. Animax (saluran 715) takde dalam NJOI….
Amboi..bestnya!
saluran media prima langsung tak termasuk dalam NJOI ni.. ahahahaha~
Mana astro ria?? Astro warna pon xde nak tengok raja lawak..
free apa ke nama ini, decoder kena beli, pasang kena bayar. channel yg diberi channel yg x da org tgk pun
free la tuh.. free iklan separuh dari crite.. haha tapi initiatif bagus untuk kembangkan digital tv service kat malaysia… bila dah betul2 stabil nanti ada la tu free channel byk lagi.. yg tarik minat aku:
“Yes you can. If you already own an *NJOI HD decoder**, there will be no upgrade fees applied for upgrades to Astro Pay-TV or B.yond packages. Standard fees will apply for PVR and Astro B.Yond IPTV packages.” dari FAQ dia
NJOI HD decoder? HD maknanya decoder + sattelite yg dpt tu kira yg lagi bagus decoder astro bukan byond sekarang?
betul tu….
aku rase sesuai untuk aku. Bukan semua pakej yg ada sekarang dilihat oleh semua poleh pengguna, dari sumber yang aku dapat saluran² yang berbayar cam animax, sport, HBO dll kome akan subscribe dengan membayar saluran² yang hendak ditonton (same like pay per view kat US tu)….
Awesome. Tp nak laku tu memang susah kalau benda dah ada, orang dah pakai astro, so susah nak beralih ke benda ni.
No media prima’s channel..
kalau tak silap nanti pengguna njoi boleh tambah saluran selain di atas dgn yuran murah.
nie bukan NJOI tapi SEDEEEYYYY!!
basic pakej tuuu bg free jerr baru betul enjoy..
Mulanya gratis, tapi kalau mau nambah channel, harus bayar yuran murah…ok juga..
Will Media Prima channels be included into the channel lineup for NJOI?
Discussions are ongoing and we will keep our customers updated on any progress.
mcm mana dekoder tu dapat sambungan internet?
TV3, NTV7 & TV9 x tersenarai dalam list free…
mak aii..mhl giler…kt umah aq dpt siaran lgi byk kot wlaupn gne antena biase..dpt siaran tv sgpore+indonesia…
+10
+100
Kalau dia bagi orang yang dah ada Astro tu pakai njoi ni untung ah… cuma bayar untuk pakej2 lain…
Rumah orang bujang ni sedap lah pakai
itu dia.. Astro Awani tetap ada di tawarkan. er, bukan iAwani.
terselit iklan di situ
+1
tv3 pun x?….
Ok la tu, janji tak de komitmen bulanan. tapi kalau ada tv dr media prima lagi bagus.
Sekrang ni pun layan asyik tv je sbb sini tv free tak begitu clear.
Memang lah free, tapi mula-mula dah kena bayar lebih Rm300++. Salauran Media Prima dah lah tiada. TV al-Hijrah pula tiada
tv3 & tv9 x da ka? TV al-hijrah pun x da…
Kan bagus kerajaan luluskan penggunaan parabola.. ni tidak nak cium buntut astro je..
setuju 100% untuk Boss262
Satu alternatif yang baik untuk dapat siaran tv akibat ganggu siaran apabila jiran-jiran pasang astro. Tonton TV lebih sekadar mendapat maklumat aje.
pakai dreambox senang cita.semua channel seluruh dunia dapat
Mana ada seluruh dunia
Boringlah takde saluran Diva.
duduk sempadan lebih dari ni dapat siaran, lg duk sempadan 3 negara
mmg channel yg org takkan tgk @ krg penonton.
takkan ada free pun.dekoder kena beli,pasang pun kena bayar lagi.takde NJOIN pun channel diorg bagi ni pun.klu ada mediaprima punya channel mmg lagi bagus.
Dah guna pun njoi. Bayar sekali pun nak bising ka? Bukan bayar tiap bulan pun. Lagipun aku buat 2nd deck je letak dalam bilik. Yg dok johor tu untung la sampai berbelas channel termasuk indon dan sgpore tapi yang dok jauh dari sana?Guna dulu baru bising. Kan dimaklumkan channel media prima dalam perbincangan. OTW la!! Ch yg boleh tekan yg disediakan je. Eg ch MTV 713, kalo tekan memang dia skip. Tapi ch media prima boleh ditekan, cuma masih disekat. So akan ada la tu. nak free memanjang, ko buka stesen tv sendiri la.
ada kemusykilan sikit. baca kat FAQ astro dorg kata kalau dah ada set top box dgn satellite dish tu kte boleh subscribe terus tanpa beli/pasang set yg baru. tp dia tak bagitau pulak brp bayaran utk dptkan smart card yg baru tu, dan kalau set top box tu dlu org lain yg punya boleh ke smart card NJOI yg baru tu didaftar atas nama org lain? ada sape2 tau psl nie?
NJOI utk org tua2 blh la…..
alangkah lah bagusnya TV Hijrah terselit sama.. takde media prima punya chanel saya tak kisah…