24Feb

Permainan The Last Tower Defense Daripada Android DevCamp KL Kini Boleh Dimuat-Turun

e-Permainan, Perisian

Ingatkah lagi dengan aplikasi Vinode yang membawakan sokongan Augmented Reality interaktif pada platform iOS anda? Nampaknya, selain daripada membangunkan aplikasi tersebut, pembangunnya juga baru-baru ini telah menyertai Android DevCamp 2012 KL, dimana melaluinya mereka telah membangunkan sebuah permainan khas untuk platform Android, dipanggil sebagai The Last Tower Defense.

Melalui permainan The Last Tower Defense, ia membawakan gabungan kepada dia permainan terkemuka, iaitu Tower Defense dan juga Angry Birds. Permainan tersebut membawa perjalanan plot dimana para pemain perlu melindungi menara mereka selama 50 hari, dengan menembak musuh-musuh mereka mengikut gaya tembakan pada Angry Birds.

Kami masih belum dapat mengujinya, dan mungkin akan membuat ulasan lanjut berkenaan dengan permainan ini selepas kami menguji penuhnya kelak. Sementara itu, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya terus daripada Android Market secara percuma hari ini.


Empat Permainan Baru Dari Francais Need For Speed
Opera Terus Maju Dengan Opera 10.50 Beta 2
Mozilla Melancarkan Firefox 4.0 Secara Rasminya
(Video) Fungsi Baru Pada Android 4.0 Ice Cream Sandwich
Skyrim Memenangi Permainan Video Terbaik Pada VGA 2011

6 Komen

  1. Dadan pada 24 Feb 2012

    sayangnya saya tak suka game seperti ini…

  2. Janjang pada 24 Feb 2012

    jenis2 tower defense ni mmg aku ske dan ketagih

  3. RIS-FAMILI pada 24 Feb 2012

    Arghhhh… saya tak guna android.

  4. Juan pada 25 Feb 2012

    best gak


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader