15Feb

Photoshop Bakal Membawakan Fungsi Peka Kandungan Yang Lebih Baik

Perisian

Adobe hari ini telah pun mengeluarkan video promosi mereka yang ke empat untuk Photoshop CS6 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Melalui video terbaru mereka ini, Adobe memfokuskan kepada fungsi mesra kandungan, membolehkan anda membuat lebih banyak perubahan dengan mudah berbanding versi sebelumnya.

Melalui demo yang diperlihatkan, Adobe menunjukkan yang mana, berbanding dengan versi sebelum ini, melalui Adobe Photoshop baru kelak, mereka akan membolehkan para pengguna memilih bentuk latar kandungan untuk fungsi Content Aware yang dibawakan padanya, berbeza dengan sebelum ini yang menarik daripada gambar dan imej yang berdekatan.

Selain daripada itu, salah satu fungsi menarik yang didatangkan padanya adalah menggunakan Photoshop dan fungsi Content Aware dalam mengalihkan sesuatu objek pada gambar, dimana pada masa yang sama tidak menjejaskan sebarang latar pada gambar tersebut.

Ini menjadi video ke empat daripada pihak Adobe, dan semestinya kita akan dapat melihat lebih banyak fungsi baru mereka daripada video-video baru pada minggu akan datang.


Terato Tech Memperkenalkan Malaysia Most Wanted
Opera Melancarkan Opera Mobile Store
Pembangunan Firefox 7 Dimulakan
RIM Bakal Memperkenalkan BlackBerry Tag Untuk Mempromosikan Penggunaan NFC
Opera Bakal Memperkenalkan Sokongan Extensions Untuk Opera Mobile

19 Komen

  1. Dadan pada 15 Feb 2012

    adobe photoshop memang keren, cuma saya hanya menggunakan CS4..

  2. archiq pada 15 Feb 2012

    haha.. aku macam tak faham tajuk artikel ni… bila baca isi baru tahu

    ‘sedar akan kandungan’ == ‘content aware’

    • Haziq pada 15 Feb 2012

      +1

      • Omar pada 15 Feb 2012

        +1

    • denz pada 15 Feb 2012

      mesti amanz pening cari maksud yang sesuai..haha

    • hehe pada 15 Feb 2012

      rasanya “peka kandungan” lagi sesuai kot. :)

      • Aman pada 15 Feb 2012

        worait. da tuka kepada peka. haha.

  3. Sham Hardy pada 15 Feb 2012

    selama ni aku guna photoshop yang tak sedar

    • alyrds pada 15 Feb 2012

      aku pun sama… haha~…

      tapi moving object tu cam Scaldo Remover pulak aku tgk…… pencipta yg sama kerh???

    • suzi pada 15 Feb 2012

      +1

  4. tarmizishukri pada 15 Feb 2012

    syukurlah photoshop dah sedar…

  5. Lia Nadia Qistina pada 15 Feb 2012

    Nampaknya Photoshop ada kesedaran automatik, er..

  6. ameng pada 15 Feb 2012

    Alhamdulillah..akhirnya Photoshop kembali ke jalan yang benar

  7. nur pada 15 Feb 2012

    sedar tak nak adobe dipersalahkan dgn edit mengedit gambar ni.

  8. azrain pada 15 Feb 2012

    harap designer akan lebih sedar lepas guna CS6 ni

  9. ali mamak pada 15 Feb 2012

    makin canggih

  10. hanafi bhari pada 15 Feb 2012

    aduh , elak complicated je nnt :3

  11. Zrin pada 15 Feb 2012

    Tajuk mesti translate kat google

  12. Luxuryhost pada 16 Feb 2012

    Gelak sorang baca komen2 kat atas. Dah macam blajar nak buat ayat daripada perkataan ‘sedar’


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader