09Feb

Photoshop CS6 Bakal Membawakan Sokongan Membuat Garisan Putus-Putus Dengan Satu Klik

Perisian

Pihak Adobe, hari ini telah pun memuat-naik video ketiga mereka, memberikan idea berkenaan apakah lagi fungsi-fungsi baru yang bakal dibawakan ole mereka melalui Photoshop CS6 tidak lama lagi. Melalui video terbaru Adobe pada YouTube, ia memfokuskan kepada fungsi baru pada Photoshop CS6 yang membolehkan para pengguna mengubah garisan kepada bentuk putus-putus dengan mudah.

Fungsi ini lebih kepada fungsi pengvektoran yang dikatakan menjadi salah satu fungsi utama yang diminta oleh para pengguna pada Photoshop, dan melalui versi CS6, akhirnya ia dibawa terus kepada pengguna.

Sebelum ini, melalui dua video terawal yang dikeluarkan oleh Adobe, ia memperlihatkan Photoshop membawakan warna latar aplikasi yang gelap, serta membawakan sokongan simpanan secara automatik ketika anda sedang melakukan kerja anda menggunakan Photoshop. Buat masa ini, tarikh pasti pelancarannya masih tidak diketahui lagi.


Avira Melancarkan Avira Antivirus 2012 Beta Kepada Semua Pengguna Windows
Firefox 9 Nightly Membawakan Pengurus Muat-Turun Serba Baru
Kini Anda Boleh Membuat Panggilan Video Ke Rakan Facebook Terus Melalui Skype
BitTorrent Bakal Menjenamakan Diri Kepada Gyre?
S-Voice Kini Sedia Untuk Diuji Pada Peranti Android 4.0 ICS Anda

14 Komen

  1. Lia Nadia Qistina pada 09 Feb 2012

    Phostoshop dah makin canggih! Sekarang sudah versi ke 6. CS5 macam baru saja diperkenalkan, padahal sudaah limpas setahun lebih.

    • Omar pada 09 Feb 2012

      +1

  2. ariff pada 09 Feb 2012

    bintang mata satu. ni mesti agenda illuminati

    • EddyGeek pada 09 Feb 2012

      diorang ni tak da design lain ke nak dibuat contoh.. hurm.. nak juga letak lambang tu. :-|

  3. ali mamak pada 09 Feb 2012

    canggih la adobe

  4. Haziq pada 09 Feb 2012

    cool.

  5. vusit pada 09 Feb 2012

    ini freemason nih. org2 Melayu tak bole guna nih. nnti dianggap menyokong freemason. ekekeke :D D

    • You Mad Bro? pada 09 Feb 2012

      kakaka, boleh je guna.. kalau betul freemason jgn support, just guna versi crack tanpa rasa serba salah, tak gitu ? huuuuhuuu

  6. Syuxx pada 09 Feb 2012

    kalau guna cara manual pun boleh jugak. buat object shape circle. then guna select pen tools. after that guna type dan taip kan “—-” sampai habis satu circle.

    but of course, functions yang akan dibawa dalam cs6 ni akan lebih memudahakna :D

    • hehe pada 09 Feb 2012

      tapi tak professional dan nampak noob :)

  7. tarmizishukri pada 09 Feb 2012

    fungsi yg ditunggu.. harap boleh tambah lagi jenis line macam yg dalam illustrator..

  8. ezry pada 09 Feb 2012

    yyeeeeeaaaaaaaahhhhh………!!!!!!!!!!!!!!!

  9. Masri Amin pada 09 Feb 2012

    menarik…nak tukar lak cs5 kpd cs6

  10. fiqueobiey pada 10 Feb 2012

    semakin menarik.. :-)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader