Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah memperlihatkan video pertama untuk promosi Photoshop CS6 pada awal minggu ini, kini Adobe turut sama memuat-naik video kedua, yang mana melaluinya, Adobe memfokuskan kepada fungsi menyimpan hasil kerja secara automatik pada latar. Ia juga turut memperlihatkan sokongan prestasi yang lebih dipertingkatkan.
Melalui video yang diperlihatkan, Adobe memulakan dengan sokongan menyimpang secara latar (Background Save), yang mana membolehkan para pengguna Adobe Photoshop menyimpan fail secara automatik ketika anda sedang melakukan perubahan atau sedang melakukan pengeditan pada sesuatu fail.
Pada masa yang sama, Adobe juga turut sama mempertingkatkan sokongan Liquify pada Photoshop CS6, membolehkan anda membuat lebih banyak perkara, dan menggunakannya pada masa-nyata tanpa sebarang masalah.
Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak video daripada Adobe selepas ini, memperlihatkan sedikit demi sedikit fungsi pada Photoshop CS6.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
yeah auto save! paling ditunggu oleh designer.. selalu kalau tengok syok2 design, lupa nak save file.. pastu tiba2 blackout ke apa, mula la terkebil2… :p
*tengok = tengah
anggaran harga?
menyimpang secara latar
btw, nice amanz. keep it up with tech info
mesti mahal. agak2, sape la yg mampu beli yg ori utk kegunaan umah.. hehehe…dari CS3 sampai CS5, CS4 tak sempat nk guna.
nak beli?? –’ kemudahan kan ade…hehehehe ^^
link download???. .bukan trial, pirate punya. hehe
oh auto save. sudah memudahkan kerja designer beb