19Feb

Politeknik Ibrahim Sultan Memperlihatkan Kawalan Suis Menggunakan Internet

Lain-lain

Bagi yang masih ingat, pada tahun lepas, Google telah pun memperlihatkan kawalan peranti-peranti elektronik dirumah menggunakan Android. Perkara ini dikenali sebagai Android @Home, dan memerlukan peralatan elektronik khas untuknya. Dengan konsep sedikit berbeza, kini Politeknik Ibrahim Sultan muncul dengan idea lebih kurang sama, iaitu mengawal peralatan elektrik dirumah menggunakan internet dan peranti mudah-alih.

Untuk menjayakan perkara ini, mereka menggunakan sebuah peranti tambahan yang disambungkan kepada suis utama dirumah. Dan sebuah komputer juga disambungkan dengan perisian khas padanya kepada peranti tersebut. Melalui komputer tersebut, para pengguna boleh mengawal sebarang suis yang mereka ingin buka dan tutup dengan mudah dan pantas.

Dan bagi mereka yang ingin menggunakan perisian tersebut pada tablet mahupun telefon pintar, pihak Politeknik Ibrahim Sultan masih belum membangunkan sebarang aplikasi khas. Namun, dalam demonstrasi yang diperlihatkan, mereka menjayakannya melalui penggunaan aplikasi TeamViewer yang menyambungkan peranti tersebut kepada komputer utama.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat prototaip, dan pembangunnya masih belum pasti sepenuhnya bilakah ianya akan dikomersialkan.


Pandang Pertama Alat Kawalan Astro Byond
Trend Baru Rekabentuk Halaman Profail Facebook
Amanz Terpilih Menjadi Media Atas-Talian Rasmi NEF-Awani ICT 2011
Apple Menjadi Jenama Pilihan Tablet, Tetapi Bukan Untuk Telefon Pintar Di Malaysia
SMTKL Memperlihatkan Prototaip Penunjuk Kiblat Untuk Orang Buta

36 Komen

  1. Dadan pada 19 Feb 2012

    Wow, sebuah karya yang luar biasa, kira-kira kapan akan dilancarkan…

  2. ammar pada 19 Feb 2012

    pergh..
    terbaik…

  3. ammar pada 19 Feb 2012

    pergh
    terbaek…

  4. Omar pada 19 Feb 2012

    Pergh.. Ini memang terbaik!!!!!

  5. Zulhamizan pada 19 Feb 2012

    haha…poli aku nih! bangga sekejap :D

  6. efy pada 19 Feb 2012

    eh , politeknik aku masuk amanz :D dari mana amanz tahu psl benda ni ? aku student kat situ pun boleh tak tahu bila benda ni wujud

  7. feerlo pada 19 Feb 2012

    kalau benda ni dikomersialkan betul2 ada potential ni…aku mmg ada immediate need for this type of thing

  8. amal pada 19 Feb 2012

    mcm final projek jan 2011 punyer je nie…

    • fadle pada 19 Feb 2012

      kn..dak DJK kn..

  9. SuhairiDotCom pada 19 Feb 2012

    Buat yang terbaik..jepun da buat lampu led boleh kawal semua pakai wifi..kena kejar cepat :)

  10. Aizan Fahri pada 19 Feb 2012

    kira2 lepas ni kerajaan boleh lah berkira2 nk turunkan harga internet kat malaysia…. dan stabilkan connection…

  11. shuzack pada 19 Feb 2012

    Sebelum ni dah ada pelajar MRSM yg cipta sistem ni pada tahun 2007. Nama projek tu EMAS x silap saya.

  12. Fashua pada 19 Feb 2012

    awesome :D hebat laa budak politek ^_^ caya laa beb ;)

  13. AyieBlog pada 19 Feb 2012

    Assalamualaikum terbaik, tapi tak silap aku ada sebuah syarikat buat aplikasi lebih kurang macam nielah, aku ingat-ingat lupa…. tapi terbaiklah sokonglah product tempatan :) .. cayok and cayok :) ..

  14. fadle pada 19 Feb 2012

    knape x pkai usb port??…

  15. captainLJ pada 19 Feb 2012

    1st time tgk projek dari pelajar politeknik yg ada potensi utk dimajukan..
    teruskan usaha dan naikkan status kehebatan kemahiran pelajar peliteknik..

    • aa pada 19 Feb 2012

      +1

      • Hisyam pada 20 Feb 2012

        Silap bro, bukan kali pertama,dah banyak yang dah berjaya. Contohnya pelajar PKB dalam mencipta robot hingga berjaya ke Jepun.

  16. Kodet Froyo pada 19 Feb 2012

    Fuyoo… terbaik nihh

  17. anipdjk.. pada 20 Feb 2012

    projek gua.poli dpt nama. gua disisihkan..bguslah.

    • Aman pada 20 Feb 2012

      mungkin saudara boleh hubungi kami melalui emel berkaitan dengan perkara ini, dan kami akan sertakan nama saudara sekiranya ianya benar. Politeknik tersebut dikreditkan kerana ianya diperlihatkan dibawah mereka pada acara MTE. Sekian.

      • anip;) pada 20 Feb 2012

        Eh, tak perlu lah. Status pasrah tu saja je. Dah redha ni. HAHAHAHAHAH
        ni masa dekat UPM eh ?

        • Aman pada 20 Feb 2012

          nope. nie kat PWTC.

          • anip;) pada 20 Feb 2012

            Oh, yang lepas upm lah ni. Dah popular dah. Yang PKB punya projek ada jugak ke ?

  18. Abu. pada 20 Feb 2012

    woooo, admin. poli aku ni.

    mana dpt tau ni ? UPM eh ?

  19. anip;) pada 20 Feb 2012

    admin,

    aku nak says sori beb. pasal komen tu yaa. padam pun takpa.

    =)

  20. Omar pada 20 Feb 2012

    Actually teknologi ni kebanyakan dah ada pada IPTA di Malaysia khususnya untuk dewan kuliah, sebagai contoh panel Technology Enable Classroom (TEC) pada komputer yang digunakan. Cuma komputer tu takde TeamViewer, kalau tak boleh control guna Internet.

    Apapun, aku still berbangga sebab yang buat ni adalah seorang pelajar. Tahniah!

  21. kai pada 20 Feb 2012

    best

  22. famejade pada 20 Feb 2012

    terus kan usaha.. sangat berpotensi

  23. ash kutcher pada 20 Feb 2012

    mase aku buat projek utk exec dip pon ade buat projek cmni la..boleh control semua yg dalam rumah..link dgn website sendiri ke..so gune internet je leh akses kat mane2..

  24. acul pada 20 Feb 2012

    wahh… poli lama aku. bangga jap hehehe

  25. locx pada 20 Feb 2012

    huhu..kat poli.. bende2 mcm ni standart la.. dah berzaman dah dak2 poli buat..

  26. Meleis pada 20 Feb 2012

    Amanz, Amanz, asyik asyik android this, *produk google* that, etc.

    Tahukah anda produk IP-enabled home appliances dah lama muncul, malah smart devices controlled (melalui smartphones) pun dah lama wujud. Teknologi macam ZigBee dan Z-Wave pun dah lama ada untuk solution IP-based home appliance yang lebih practical.

    Bukan nak discredit apa yang student dah buat. Ia masih sgt impressive sebab ia buah tangan student. Cuma yg aku komen ialah penulisan di Amanz yg acapkali kelihatan inclined kpd produk Google yg muncul nye pun cuma baru-baru ni. Too much credit, menampakkan yg anda lacking research kpd usaha-usaha home automation yg dh lama wujud sebelumnya.

    Aku taknak laman ni jadi laman fanboy kepada mana-mana syarikat.

  27. razfira pada 21 Feb 2012

    bagusla budak2 poli

  28. nur pada 22 Feb 2012

    bagus ni, aku try buatlah, tp dalam lingkungan internet jerlah.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader