28Feb

Rais Yatim Meminta Pegawai Kementeriannya Mendalami Penggunaan Facebook Dan Twitter

Lain-lain

Hari demi hari, para pengguna kini lebih memfokuskan kepada kandungan digital yang dilihat daripada internet mahupun laman sosial. Dan dengan mengikut trend semasa, kini, Menteri Informasi, Komunikasi, dan Kebudayaan Malaysia, Rais Yatim meminta lebih 1,200 orang pegawai khas di kementerian tersebut untuk lebih memahami penggunaan Facebook dan Twitter.

Menurut Rais Yatim, ianya wajib bagi setiap pegawai tersebut untuk menggunakan dan memahami Facebook dan Twitter, dalam berhubung bersama rakyat dengan lebih efisyen lagi.

Pada masa yang sama, Rais Yatim turut mengeluarkan statistik yang diperoleh daripada pihak mereka, mengatakan kini terdapat lebih 18 juta pengguna komputer di Malaysia dan 10 juta pengguna Facebook di Malaysia (12 juta menurut SocialBakers).


Najib : Hampir 5 Juta Pengguna Facebook Malaysia
TV3 Menggunakan Perkhidmatan Akamai Untuk AJL25
Video Pertama Pada Zaman Dahulu Diperlihatkan
Faces.my Beta Bakal Dilancarkan Pada Bulan Oktober
Beberapa Video Rasmi #SVC2M Yang Diadakan Di Malaysia Kini Di YouTube

27 Komen

  1. melayubuntu pada 28 Feb 2012

    Lol. Dulu si rais yatim ni lah yang syorkan facebook diharamkan..apa dah jadi bro?

    • Syafiq Лomoтехн pada 28 Feb 2012

      dia dah tukar fatwa kot.

      • amirzaim pada 28 Feb 2012

        dia jenis ular…suka mengular sana sini…longkang level….

  2. nur pada 28 Feb 2012

    menteri di malaysia.. senario nya

    • Meleis pada 29 Feb 2012

      Mungkin mereka semua kene buat slot Senario kot.

  3. nazmi pada 28 Feb 2012

    perenggan ke-2…… wajib agi setiap pegawai =>bagi….

  4. Syafiq Лomoтехн pada 28 Feb 2012

    Errata: perenggan 2, baris 1
    ianya wajib agi setiap pegawai
    agi, bagi

    hhhaaaaakkkktuiiii. glup. sedap. true. true.

    • Syafiq Лomoтехн pada 28 Feb 2012

      oh lupa, khidmat errata tadi adalah percuma
      tiada fans ‘chrome selamanya di hati’ terlibat dalam proses ini

      • tak habis-habis pada 28 Feb 2012

        chrome tetap di hati…

        • Berak Unggul pada 28 Feb 2012

          Krom tetap dikorom.

  5. Dadan pada 28 Feb 2012

    bagus lah…

  6. mujib pada 28 Feb 2012

    hahaha br nak prasan, kalo menteri umor br 30 mesti dah lama soh kan

  7. Gokai Red pada 28 Feb 2012

    untung la dpt main fb kt opis

    • Meleis pada 29 Feb 2012

      jeles mamat keje swasta, firewall kene block.

      pesan ibu kepada anak : “anak kalau dah besar nanti nak main facebook, masuk le keje gomen”

  8. RIS-FAMILI pada 28 Feb 2012

    Lepas ni bertambahlah la staff kerajaan yang berfacebook dan bertwitter.
    Tak suruh pun dah ramai, kalau suruh lagi ramai le.

    • Berak Unggul pada 29 Feb 2012

      Hey, Facebook penjana ekonomi negara.

      Lebih2 lagi skim Login Facebook Dapat RM100 tu. Sungguh men”jana” ekonomi bumiputera.

  9. Syukri Lajin pada 28 Feb 2012

    elook.. lepasni boleh block facebook ngan twitter guna alasan sebar rahsia kerajaan..

    • Berak Unggul pada 01 Mar 2012

      pastu gunakan alternatif MyEmail dan 1Tube.

  10. syukeri mohamad pada 28 Feb 2012

    Admin!!! mintak tolong cari plugin komen yang ada like punyer…mungkin pembaca malas nak komen tapi tahu like saje..hanya like di bahagian komen..

  11. Fikri Adhey pada 28 Feb 2012

    pasni Nik Aziz plak suh ahli PAS wajibkan ada acc FB. #ssrc

  12. Garfield pada 28 Feb 2012

    Cakap nak ban twitter dgn facebook, dia jugak.
    Nak pegawai kerajaan pun dia jugak.
    Dia nak train sekelompok cyber troopers ka?

  13. Berak Unggul pada 28 Feb 2012

    Cayalah!!!

    Harap2 lepas ni semua opis kerajaan diwajibkan berpesbuk. Nanti time lama tunggu giliran nak buat IC anak2, dia boleh respond “tunggu jap, tengah siram pokok farmville”.

  14. hehe pada 29 Feb 2012

    semakin lembab la org2 gomen wat keje.
    bila ditegur asyik berfacebook, diorang akan bagi alasan Kementerian suruh belajar guna.
    padahal bila kat rumah jadi hacker kemain.

    • Meleis pada 29 Feb 2012

      +1

  15. Beburung pada 29 Feb 2012

    LOL, tak tahan aku nak gelak tengok kenyataan macam ni. Lepas ni keluar la kot surat pekeliling dengan kepala tajuk “Mendalami Penggunaan Facebook”.

    Patut kena ingat-ingat la, FB tu hanya sekadar rekreasi, bukannya sampai tahap nak didalami. Takut silap haluan je kalau dah main dalam sangat.

    Kan lagi elok suruh mendalami pembuatan labu sayong ke, pembuatan wau ke, permainan gasing ke. Bagi insentif pun tak apa.

  16. Pisyek pada 29 Feb 2012

    untungla orang gomen, buleh ber-FB time ofis hour. keh keh keh.

    • Meleis pada 29 Feb 2012

      siap dibayar lagi untuk berFB.

      jgn sampai gomen servant yg tua2 ganyut cari profile awek lama n baru udah. lain jadinya nnt.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader