Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada perkakasan untuk telefon bimbit yang berkembang pantas, perkakasan dan peralatan untuk komputer turut sama tidak ketinggalan, dimana selain daripada cip pemprosesan, kini memori RAM DDR4 telah pun diperlihatkan, dan akan memasuki fasa pengeluaran, dan akan sedia untuk pengguna desktop menjelang 2014, manakala untuk penggunaan pada pelayan pada tahun 2013 kelak.

Buat masa ini, beberapa syarikat telah pun mula memperlihatkan demonstrasi DDR4 mereka, dimana antaranya adalah Hynix dan juga Samsung. Hynix memperlihatkan cip DDR4 berfungsi pada 2400MHz (2400Mb/s) dan menggunakan tenaga sebanyak 1.2V serta didatangkan dengan input dan output sokongan 64-bit. Samsung pula menggunakan tenaga yang lebih kurang sama, dengan frekuensi sekitar 2133MHz (2133Mb/s).
Dan seperti semua sedia ketahui, ia akan membawakan bentuk pin yang berbeza untuk DDR4, sama seperti versi sebelum ini. DDR4 juga kelak akan membawakan kepantasan yang lebih tinggi dan juga penggunaan tenaga yang lebih rendah, iaitu sehingga 40% berbanding DDR3.
24 Komen
Tinggalkan Komen Anda
bagus sih DDR4 cuma sayangnya masih lama
lambat lagi… kalau tahun ni best jugak..
hmm aku still pakai ddr 2..
+1
masih ddr1 ~ T_T
makin canggh x terkejo hahah
samsung mmg hebat
Alahai.. board untuk Intel i5 760 soket 1156 aku pun tiba2 aja obsolete, nak pi ddr4 pulak? Alahai…
rilek r. 2014 baru keluar. boleh pakai 2 tahun lg
pergh DDR 4 nak mula pula.. memang terbaek ni
lambat lagi…hahaha kalau tahun ni lain cerita lah beb
Ofis aku masih pakai ddr1,seyes ketinggalan zaman
dah boleh tukar dah tu..
untung pakai ddr1.. kat opis aku ada lagi yg pakai SD RAM pc 133… hahaha.. lagi old school..
ddr akan jadi macam emas tipu, bila dibeli mahal, dijual tak siapa mahu
soalan super mega duper hyper serius: kenapa setiap jenis ram itu takuk pinnya berbeza?
teknik perniagaan atau mungkin sebab architecture utk membolehkan ia berfungsi dgn lebih pantas..
haha aku pun rasa gitu. teknik perniagaan. atau dari jumlah pinnya? entah lah tak pernah kaji betul2. sebab tu tanya je
pin nya berbeza sebab nak bezakan jenis ddr tu sendiri. kalau ddr3 masuk kat ddr1 punyer slot kat dah rugi. speed tinggi tapi pakai kat speed yg rendah. atau mungkin lebih teruk akan merosakkan ram tu sendiri sebab voltage yg berbeza.
pin tu direka berbeza-beza untuk keselamatan juga.
sape kate ram lama tak laku. kalau kena gaya nak jual, mesti ade untung. saya sendiri pernah jual ram lama untuk server. beli rm200, jual rm500. sebab terhad dan susah nak jumpa. tu pon lepas 8 bulan post nak jual. mesti ade yang cari
tu la. nak menyimpan 8 bulan tu yang maleh
owh keselamatan ek. ada logik!
mantaplah…..
mmg betul la setiap 18 bulan akan wujud teknologi baru…
skrg ni arus kenaikan teknologi smartphone dan processor komputer..
masa depan pula kemajuan kompenen lain…
ni biasenye awal sikit, dorang ckp je 2014, kalau win8 kuar 2013 aku sure ddr4 kuar 2013.
pakai la ram ddr4 pon kalau hdd slow same gak… aku nyer ddr2 ngan ssd cun jer loading just nak beli ssd tu la airmata skit. pastu kecik jer.. mmg pkai utk windows, games2 yg kau slalu main jer
hohohoho….tu kalo dunia tak kiamat tahun 2012 la.
*inb4 “byk sgt tengok filem omputih”*