28Feb

RIM Memperlihatkan Sokongan Perkongsian Tanpa Wayar Pada BlackBerry PlayBook

Gajet

Pelbagai kejutan dibawakan oleh para pembangun peranti melalui Mobile World Congress yang diadakan di Barcelona minggu ini. Sekiranya semalam pihak Nokia melancarkan telefon pintar dengan kamera 41-megapixel, kini Research In Motion memperlihatkan sokongan perkongsian tanpa wayar melalui tablet mereka, BlackBerry PlayBook.

Ia masih diperkatakan sebagai dalam peringkat konsep, dan masih tidak diketahui samada adakah ianya bakal dilancarkan kepada umum ataupun tidak. Melalui perkongsian ini, para pengguna boleh berkongsi fail, dokumen dan pelbagai perkara tanpa perlu untuk menyambungkannya secara tradisional seperti sebelum ini, dan amat bersesuaian untuk melakukan persembahan dan perbincangan.

Mungkin sekiranya fungsi ini dilancarkan oleh pihak RIM, penjualan BlackBerry PlayBook dikalangan pengguna perniagaan dan perusahaan mungkin sedikit meningkat berbanding sekarang ini.

Walau apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman pihak RIM berkaitan dengannya.


Apple iPad Kini Di Apple Store Malaysia
Wacom Memperkenalkan Inkling - Peranti Analog Untuk Zaman Digital
DiGi Store Kehabisan Stok Untuk Samsung Galaxy Note
Nokia Kerugian Sebanyak RM3.8 Billion Pada Suku Tahun Lepas
Adakah Papan Kunci Berasaskan Projektor Bakal Memenuhi Pasaran Pada Masa Akan Datang?

3 Komen

  1. Abang Fairul pada 28 Feb 2012

    Wow!satu lagi anjakan dalam dunia teknologi….

  2. tak habis-habis pada 28 Feb 2012

    chrome tetap di hati…

  3. Izham pada 28 Feb 2012

    Best


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader