Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Jikalau semalam Samsung mengumumkan pelancaran peranti Galaxy Beam bersama-sama dengan projektor terbina, hari ini, Samsung melancarkan Galaxy Note 10.1 yang dinantikan ramai, dimana secara ringkasnya, ianya membawakan tablet dengan skrin sebesar 10.1-inci dengan sokongan S-Pen padanya, amat bersesuaian sekiranya ingin mengambil nota atau melukis padanya.

Dari segi spesifikasi, Galaxy Note 10.1 membawakan cip pemprosesan dwi-teras sepantas 1.4Ghz, didatangkan bersama Android 4.0 Ice Cream Sandwich, RAM 1GB, kamera belakang 3-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel padanya. Menariknya adalah, ia sememangnya dioptimasikan untuk artis dan mereka yang gemar melukis dan sebagainya, dimana Galaxy Note 10.1 bakal didatangkan bersama-sama dengan Adobe Photoshop Touch dan juga Adobe Ideas padanya.
Bilakah ia akan dilancarkan di pasaran tempatan masih lagi tidak diketahui lagi buat masa ini. Selain daripada Galaxy Note 10.1, baru-baru ini, Samsung turut sama telah memperkenalkan keluarga Galaxy Tab 2 dalam variasi 7-inci dan juga 10.1-inci.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
sayangnya…tak mampu beli..!
:O
Besar gila galaxy note ni
chrome tetap di hati…
aduh abg note aku dah keluar…. besar gila 10.1… tapi samsung still terbaik
yeah !
Samsung semakin samseng .
Samsung The Best !
ohhh saya silap dalm post amanz sebelum ini. ini barulah talipon kan mcm galaxy note 5 inci tu. kalau la saya ada duit mmg inilah talipon idaman saya.
bosan…
Bukan tiap2 bln kuar produk, tp tiap2 mggu nk kuar.. Bosannnnnn
hahahahah gelak tak perlu kata apa2..mmg bosan!!kahkahkah
yang ni la aku nanti-nantikan.. tak sabar bila masuk pasaran malaysia.. tapi aku still menunggu samsung galaxy tab 11.6 inci yang lagi gempak tu. masuk ja malaysia terus sambar satu..
bosan dengan apps android.samsung performance kira ok tapi nak lwn apple sory la
Bosan.
@sS-Pen untuk mamat butthurt fanboi Samsuck. Tiru design HTC. Ptuih!!!
cehh butthurt punya hfc-fag. suka hati ko je cakap samsung tiru. mane ko tau htc tu original idea sangat? ke ko president htc tu? pehh mantop la bro