20Feb

Selepas DiGi, Maxis Turut Sama Membawakan Sokongan GMail SMS

Google, Telekomunikasi

GMail SMS telah pun mula menyokong pengguna tempatan sejak daripada tahun lepas melalui rangkaian DiGi. Dan nampaknya, Maxis turut sama tidak ketinggalan, dimana kini ia turut kelihatan telah menyokong salah satu fungsi menarik daripada Google ini. Namun kami tidak dapat mengesahkan sejak bilakah ianya disokong secara rasmi oleh pihak Maxis.

Beberapa carian mendapati ia telah disokong sejak awal bulan ini. Walaubagaimanapun, kami masih gagal menemui halaman rasmi berkaitan dengan GMail SMS pada laman rasmi Maxis.

Untuk pengetahuan, melalui GMail SMS, ia membolehkan para pengguna GMail menghantar SMS percuma kepada rakan-rakan mereka tanpa sebarang kos. Walaubagaimanapun, bagi para pengguna yang membalas SMS tersebut melalui telefon mereka, akan dikenakan caj mengikut apa yang ditetapkan oleh penyedia telekomunikasi masing-masing.

Ianya merupakan salah satu fungsi yang penting bagi anda yang sentiasa atas-talian dan terpaksa ke lokasi yang sukar untuk mendapat talian internet, disamping membolehkan rakan-rakan anda menghubungi anda bila-bila masa tanpa sebarang kos.

DiGi mula memperkenalkan sokongan ini pada pertengahan November lepas, dan kini dengan Maxis turut sama menawarkannya, mungkin kita akan turut sama melihat syarikat telekomunikasi yang lain melakukan perkara yang sama dalam tempoh terdekat ini.

Tips awal daripada Omar.


Pelajari Tips Penggunaan GMail Seperti Seorang Ninja
TM : Gangguan Internet Sementara Akibat Tsunami Di Jepun
Google Toolbar Untuk Firefox Dihentikan
DiGi Kini Menawarkan HTC Evo 3D Dan HTC ChaCha
Chrome 15 Menjadi Pelayar Web Paling Popular Di Dunia Menewaskan Internet Explorer 8

17 Komen

  1. emily pada 20 Feb 2012

    saya dah try guna, anta sms kat kwn, klu kwn tu reply blik charge reply seposen.

  2. Nad pada 20 Feb 2012

    Ehh yeke? Baru tahu niy. Nice information ;)

  3. Dadan pada 20 Feb 2012

    masing-masing syarikat telekomunikasi memberi pelayanan yang terbaik buat pelanggannya…

  4. ali mamak pada 20 Feb 2012

    bleh tahan gak la..

  5. suarakomputer pada 20 Feb 2012

    celcom ada ke tak ?

  6. alin pada 20 Feb 2012

    syarikat telekomunikasi lain x ikut ker?

  7. ejuddx pada 20 Feb 2012

    kerjasama yang baik untuk para pengguna. terima kasih maxis dan google. :D

  8. Danzat pada 20 Feb 2012

    tapi dia bagi 50 credit jer kan..

    • EddyGeek pada 20 Feb 2012

      setiap kali dapat reply mesej di gmail. kredit gmail akan ditambah 5.

  9. AMR pada 20 Feb 2012

    terbaik!

  10. parih pada 20 Feb 2012

    celcom? huh~

  11. efy pada 20 Feb 2012

    rasanya dari bulan 1 aritu dah start . aku slalu guna ni :D hahah . jimat kredit henpon sikit . setiap hari dia bg 50 sms . kalau kawan kita reply msj tu , nanti dia topup balik kredit tu 1 reply 1 kredit . digi dgn maxis je bolee . celcom x boleh

  12. RIS-FAMILI pada 20 Feb 2012

    Yesss… dah cuba. 50 je mesej free utk hantar dan yg membalas kena caj 10 sen. Tapi kalau nak unlimited kena amik pakej rm1/minggu.

  13. captainLJ pada 21 Feb 2012

    menarik ni…perlu dicuba…

  14. shopiya natasha pada 26 Apr 2012

    best giler!!!

  15. rozniey pada 02 May 2012

    the best!!


Trackbacks/Pingbacks

  1. VLC 2.0, Fikri OpenVPN, Arch Linux, Gmail SMS

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader