Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Beberapa minggu sebelum ini, kami pernah melaporkan mengenai antaramuka baru untuk Facebook Groups, membolehkan para pentadbir menyertakan gambar seakan Cover Photo pada Facebook Timeline. Nampaknya, setelah melalui pelbagai fasa ujian, hari ini, Facebook telah pun mula memperkenalkannya secara meluas kepada semua Facebook Groups fungsi tersebut.
Bermula daripada hari ini, mereka yang log masuk ke halaman Facebook Groups, anda akan melihat paparan gambar-gambar pengguna secara rawak pada bahagian atas Facebook Groups tersebut, yang mana boleh diubah kepada sebuah gambar yang unik lagi, dan memberikan identiti yang lebih menyeluruh kepada sesuatu Facebook Groups itu.

Ini boleh diperkatakan sebagai sebahagian daripada antaramuka baru untuk Facebook, dimana setelah memperkenalkan sokongan Facebook Timeline pada profil, sebahagian daripada sokongan daripadanya diperkenalkan kepada Facebook Groups. Beberapa laporan turut mengatakan Facebook bakal memperkenalkan sokongan Facebook Timeline pada Pages, tetapi tidak lagi diketahui bilakah ianya akan diperkenalkan.
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
betul tu, hari ini baru diberlakukannya…
tak sabar menanti facebook timeline for pages
+1
nice!!
uniselbiz ada group bawah tanah yg diketuai oleh amanfirdaus..haha
rebel-leader tuh
Baru design tadi utk group
huhu . . mnarik . . lg lawa la . .
+1
kalau group. kalau pages camne eh? dapat gak ke?
Patutla rasa mcm ada kelainan je paga fb sejak akhir2 ini.
Salam.
Berapa saiz dia Amanz?
haah,brape ek actual size utk ltk kt group page ni??