Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada peranti Xperia P bersama teknologi White Display, Sony juga turut sama memperkenalkan peranti Xperia U dibawah portfolio mereka, dimana secara ringkasnya ia diperkatakan sebagai peranti Xperia S dengan spesifikasi lebih rendah, dan memfokuskan kepada keperibadian seseorang.

Melalui Xperia U, Sony menawarkan peranti dengan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, skrin sentuh seluas 3.5-inci dengan sokongan Reality Display, kamera belakang 5-megapixel, dan juga sokongan bunyi dalam bentuk 3D surround sound. Xperia U juga turut sama membolehkan anda merakamkan gambar dalam bentuk HD, dan berkongsi dengan rakan dengan mudah. Bersama-sama dengan Xperia U, ia menyertakan ciri sokongan untuk mengubahnya kepada warna peribadi, dimana para pengguna boleh mengubah bahagian bawah peranti tersebut mengikut warna kegemaran melalui elemen lutsinar padanya.
Sama seperti Xperia P, Xperia U juga disasarkan untuk pasaran global pada suku tahun kedua 2012 kelak. Bersama-sama dengan Xperia U dan juga Xperia P, Sony turut sama memperkenalkan rekabentuk Xperia NXT, iaitu rekabentuk telefon pintar generasi baru daripada Sony.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Perghhhh
I wish i can trade my X10
dengan sony meninggalkan ericsson, mereka mulakan dengan XNT
sony beli ericsoon la bukan meninggalkan…
+1
oh…saya baru tahu sonny telah meninggalkan ericsson..
sony kembali ke asal seperti awal 2000 dulu tanpa Ericsson.
Guys, Sony bukan tinggalkan Ericsson. tapi Sony dah BELI Ericsson. bila syarikat dah jadi dia punya, buat apa dia nk letak Ericsson lagi?
mmg best arr…pehh!!xsabar dah nie…i luv sony!!
luv it..
god speak to us through Xperia