26Feb

Spesifikasi Awal Nokia Lumia 610 Dengan Windows Phone Tango Mula Kelihatan

Gajet

Tahun ini, Nokia dan Microsoft bersama memfokuskan kepada peranti-peranti Windows Phone, dan bersempena dengan MWC 2012 yang akan diadakan minggu ini, Nokia dijangka akan mengumumkan beberapa peranti baru, dan salah satunya adalah Nokia Lumia 610. Namun, seperti biasa, beberapa jam sebelum pengumumannya, kini spesifikasi awal dan gambar awal peranti tersebut telah pun mula kelihatan.


Nokia Lumia 610 [via]

Melalui apa yang dilaporkan oleh laman BGR, ia diperkatakan Lumia 610 akan membawakan skrin sentuh seluas 3.2-inci dengan kamera 3-megapixel, serta menggunakan Windows Phone Tango, iaitu Windows Phone yang dioptimasikan khas untuk peranti dengan spesifikasi rendah.

Peranti ini disasarkan untuk pasaran negara membangun, seperti India dan juga Indonesia, dan mungkin turut sama akan tiba di Malaysia kelak. Dari segi harga, jikalau mengambil harga peranti Nokia 600 sebelum ini, Nokia Lumia 610 berkemungkinan berharga dibawah RM800 di pasaran Malaysia.


Samsung Galaxy Tab 10.1 3G Bakal Berharga RM1899?
Amazon Melancarkan Kindle Fire Bersama-sama Dengan Amazon AppStore Dan Silk
Acer Memperkenalkan Aspire S5 Dan Memperlihatkan Iconia Tab Empat-Teras
(Video) Nyah-Kotak Xperia S - Telefon Pintar Sony Pertama
Panduan Pengguna Xperia S Kini Ditawarkan Dalam Bahasa Malaysia (PDF)

3 Komen

  1. malayz pada 26 Feb 2012

    terbaek la nokia..

  2. Dadan pada 26 Feb 2012

    Nokia Lumia 610 sangat dinantikan kehadirannya di Indonesia…

  3. eSafarEE pada 26 Feb 2012

    good try


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader