27Feb

Spesifikasi Dan Gambaran Awal Samsung Galaxy S3 Dipertontonkan

Gajet

Nampaknya, walaupun Samsung tidak mengumumkan Galaxy S3 secara rasminya pada Mobile World Congress yang diadakan pada minggu ini, kini ia dilaporkan, spesifikasi awal peranti tersebut tersebar lebih awal, memperlihatkan apakah yang bakal dibawakan oleh peranti tersebut kelak.

Galaxy S3 merupakan kemaskini kepada keluarga Galaxy S, dimana sebelum ini Galaxy S2 telah menjadi salah satu peranti yang terjual dengan banyaknya diseluruh dunia, sekaligus menjadi peranti paling popular daripada pihak Samsung.

Melalui Galaxy S3, ia membawakan cip pemprosesan empat-teras Samsung Exynos 1.5GHz, skrin sentuh seluas 4.8-inci, kamera 2-megapixel pada bahagian hadapan, kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, dan menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya. Ia turut dikatakan akan membawakan badan seramik padanya, dan turut menyokong rangkaian LTE. Tambahan lagi, Galaxy S3 dikatakan membawakan paparan Blu-Ray, berkemungkinan merujuk kepada paparan berkualiti tinggi (HD) melalui skrin mereka.

Jadi, bersama-sama dengan beberapa peranti yang diperkenalkan, seperti Nokia 808 PureView, HTC One X, Sony Xperia NXT dan sebagainya, adakah Galaxy S3 masih akan menjadi peranti yang dinantikan ramai?


iPad 2 Bakal Diperkenalkan Pada 2 Mac Ini
Angka Muat-Turun Melalui Ovi Store Melangkaui 7 Juta Sehari
Lebih Maklumat Berkaitan Perkhidmatan BlackBerry Music Kedengaran
Nokia N9 Dilancarkan Di Singapura - Pelancaran Malaysia Pada 13 September
Motorola Razr Di Singapura Pada 11 November, Beberapa Minggu Selepas Itu Di Malaysia

25 Komen

  1. baim pada 28 Feb 2012

    Meleleh tgk spek!

  2. Mus pada 28 Feb 2012

    agak-agaknya berapalah harga hp ni ya?

  3. saufi pada 28 Feb 2012

    waaaaaaaaaaaaaa….

    expria P..??

    galaxy S3..??

    pening2 pening2 :-?

  4. fadzioriq pada 28 Feb 2012

    Fuhhh!! ini betul-betul bergetarrrrrrr!!!

  5. Eriyza pada 28 Feb 2012

    Tak terkejar dek teknologi.
    Tgk saja sudah!

  6. Pamie pada 28 Feb 2012

    galaxy s3 dgn paparan blu-ray? hebat2..tapi galaxy s2 ni pun masih puas hati lagi..

  7. Sutramaya pada 28 Feb 2012

    Suka semua specs kecuali 4.8 screen tu. Aiyo besaq sangat tak muat pocket sinny jeans cheq nih! Hahaha!

    Kalau 4.3 tu pun dah ok2 dah…

  8. Danial pada 28 Feb 2012

    tu dia quad core dh mai dh…byk betol la keluaran samsung ni.. hebat2 =D

  9. taikozzz pada 28 Feb 2012

    8 megapixel jer?? please.. org dh gune 41 megapixel la weeii.. heheee

    • azwan11 pada 28 Feb 2012

      haha!

    • Jwan pada 28 Feb 2012

      Klu Samsung buat 41MP jgk, sian lak kt Nokia. Poor thing. :/ HAHA!

    • Lensa Cahaya pada 28 Feb 2012

      Hahaha…adakah iPhone5 masuk dalam senarai? hope it will have 3.2Terapixel. LOL.

  10. Picco pada 28 Feb 2012

    yummy! design superb mabelessssss~

  11. tak habis-habis pada 28 Feb 2012

    Chrome tetap di hati…

  12. Dadan pada 28 Feb 2012

    Samsung Galaxy S3 cantik nian..

  13. Anonymoust pada 28 Feb 2012

    saya tetap pilih pensonic.

  14. Nazura pada 28 Feb 2012

    mmg betol ker or rumors shj?

  15. Janjang pada 28 Feb 2012

    mesti rege kurang mampu milik nih.. XD

  16. Izzuddin Jr. pada 28 Feb 2012

    Yang dinanti-nantikan telah pun tiba !
    Pening nak pilih smartphone nie .
    Sony Xperia P, Nokia 808 Pure View, HTC One X atau Samsung Galaxy SIII ?

  17. rajaunta pada 28 Feb 2012

    -Android 4.0 Ice Cream Sandwich
    -empat-teras Samsung Exynos 1.5GHz
    -rangkaian LTE
    -Blu-Ray

    AWESOME DUDE!

  18. Juan pada 28 Feb 2012

    sangat best

  19. kaihnsn pada 28 Feb 2012

    apala samsung ni buat skrin 4.8inci. kalau la ngam2 5inci mmg s3 ni akan menjadi talipon hebat sepanjang dekad ini. kalau epal buat ifag9 pun belum dapat kalahkan s3 ni.

  20. Fikri Adhey pada 28 Feb 2012

    rumours.

  21. soutulmujahid.com pada 11 Mar 2012

    LTE tu apa? tp kalau besar sgt pon x best. x muat tangan bg org yg tgn kecik. n nak cakap pon besar gedabak letak kat telinga


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader