Cari @ Amanz

Nampaknya, walaupun Samsung tidak mengumumkan Galaxy S3 secara rasminya pada Mobile World Congress yang diadakan pada minggu ini, kini ia dilaporkan, spesifikasi awal peranti tersebut tersebar lebih awal, memperlihatkan apakah yang bakal dibawakan oleh peranti tersebut kelak.

Galaxy S3 merupakan kemaskini kepada keluarga Galaxy S, dimana sebelum ini Galaxy S2 telah menjadi salah satu peranti yang terjual dengan banyaknya diseluruh dunia, sekaligus menjadi peranti paling popular daripada pihak Samsung.

Melalui Galaxy S3, ia membawakan cip pemprosesan empat-teras Samsung Exynos 1.5GHz, skrin sentuh seluas 4.8-inci, kamera 2-megapixel pada bahagian hadapan, kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, dan menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya. Ia turut dikatakan akan membawakan badan seramik padanya, dan turut menyokong rangkaian LTE. Tambahan lagi, Galaxy S3 dikatakan membawakan paparan Blu-Ray, berkemungkinan merujuk kepada paparan berkualiti tinggi (HD) melalui skrin mereka.

Jadi, bersama-sama dengan beberapa peranti yang diperkenalkan, seperti Nokia 808 PureView, HTC One X, Sony Xperia NXT dan sebagainya, adakah Galaxy S3 masih akan menjadi peranti yang dinantikan ramai?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd