Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan Taxi Watch sebelum ini? Nampaknya, kini aplikasi berasaskan web dan SMS itu bergerak selangkah kehadapan, dengan dijenamakan semula menjadi Taxi Monger, dan membawakan antaramuka yang lebih menarik dan kemas lagi. Pada masa yang sama, ia juga didatangkan dengan beberapa sokongan baru bersama-sama dengannya.

Melalui laman web baru Taxi Monger yang dilancarkan pada hari ini, ia membolehkan para pengguna mendaftar menggunakan akaun Facebook mahupun Twitter, dan seterusnya menghantar sebarang ulasan ataupun komen berkenaan dengan sesuatu teksi itu dengan mudah.

Ketika kami menulis artikel ini, sokongan SMS seperti masih belum diperkenalkan lagi. Mungkin ianya akan mengambil sedikit masa sebelum ianya diintegrasikan bersama pada laman tersebut.

Selain daripada itu, melalui halaman utamanya juga, ia memperlihatkan yang mana Taxi Monger bakal memperkenalkan sokongan untuk membuat tempahan teksi secara atas talian tidak lama lagi, sekaligus mengatasi masalah untuk membuat tempahan melalui panggilan dan sebagainya.

Jadi, apakah pendapat anda berkenaan Taxi Monger yang baru ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd