22Feb

Tiada Lagi Adobe Flash Player Untuk Linux Melainkan Menggunakan Chrome

Linux, Perisian

Dalam langkah yang amat mengejutkan, hari ini Adobe mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan memperkenalkan Flash Player untuk sebarang distro atau versi Linux lagi selepas Flash Player 11.2, dan sekiranya para pengguna ingin menggunakannya, mereka perlu menggunakan melalui pelayar web yang menyokong API Pepper yang dibawakan oleh Google Chrome.

Ia akan sekaligus memberikan kesan kepada pembangun pelayar web yang lain, termasuk Mozilla dan juga Opera. Namun, mungkin mereka akan memperkenalkan sokongan plugin seumpama Pepper pada pelayar web mereka. Walaubagaimanapun, mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini.

Sekiranya pelayar web yang lain tidak mengimplementasikannya, mungkin pengguna Linux perlu menggunakan Chrome untuk menikmati kandungan berbentuk Flash pada masa hadapan. Pautan muat-turun Flash Player dijangka akan dikeluarkan daripada laman web Adobe tidak lama lagi.

Terima kasih Amir Zaim.


Firefox Membahagikan Plugin Mengikut Proses
Chrome Menghampiri Pegangan Pasaran Sebanyak 10%
Firefox 9 Nightly Membawakan Peningkatan Lebih 30% Dari Segi Prestasi JavaScript
Aplikasi PLUS Toll Rate Untuk Para Pengguna Android Dilancarkan
Firefox Bakal Memperkenalkan Halaman Tab Baru Seawal April Atau Mei

11 Komen

  1. Dadan pada 22 Feb 2012

    kasihan juga linux… :(

  2. Ahmad Fikrizaman pada 22 Feb 2012

    bastard!! big company, Y U No support free OS??

    • Izham pada 23 Feb 2012

      One does not simply create something for free

      • ijat pada 23 Feb 2012

        Kau paham ke x ni apa yg dia nk sampaikan?? pegi sekolah la.

  3. edbod pada 23 Feb 2012

    they stopped the support means they just won’t release any updates, right?
    yang sekarang ni still boleh pakai just it will get out of date eventually, am i right?

    • Syukri Lajin pada 23 Feb 2012

      they will still release some bug fixes and security patches.. tapi features baru tak ada lagi.. macam flash dekat android.. menyedihkan tapi linux ada alternative untuk adobe flash walaupun tak support semua features adobe punya..

      • amirzaim pada 23 Feb 2012

        Jangan kata flash depa dah stop support untuk linux, pasal software photoshop pun
        depa berdolak-dalik walaupun didesak supaya mereka kena buat photoshop versi linux

        • Syukri Lajin pada 23 Feb 2012

          gimp ada.. lagi baik dari photoshop.. lagipun “designer” skrang mana pakai linux.. semua nak mac.. kehkehkeh

  4. Izham pada 23 Feb 2012

    kesien

  5. gamep01nt pada 23 Feb 2012

    takpe. mesti ada alternative. dun worreh

  6. Farizluqman pada 09 May 2012

    Apadehal… HTML5 kan ada, sekarang youtube playback pun guna HTML5 je. No FLASH No Worries…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader