22Feb

Canonical Memperlihatkan Ubuntu Untuk Android – Telefon Pintar Sebagai Desktop

Linux, Sumber Terbuka

Telefon pintar pada masa kini membawakan cip pemprosesan dan memori yang hampir sama mahupun lebih berkuasa berbanding desktop yang digunakan oleh pengguna di rumah. Sebagai contoh, penggunaan telefon pintar dwi-teras telah pun meningkat dengan drastik, malah yang menggunakan cip pemprosesan empat-teras bakal memenuhi pasaran tempatan mahupun antarabangsa pada tahun ini.

Jadi, perkara ini diambil peluang oleh pembangun sistem operasi Linux yang popular, Canonical dalam memperkenalkan Ubuntu untuk Android. Berbeza dengan aplikasi yang dihasilkan sebelum ini oleh pembangun pihak ketiga, Ubuntu untuk Android membawakan penggunaan desktop penuh dengan hanya menghubungkan peranti Android anda kepada televisyen mahupun monitor dan sebagainya.

Perbincangan mengenai membawa Android ke desktop telah pun dilakukan sejak daripada sebelum ini, dengan pembangun bebas yang membawakannya melalui aplikasi bebas mereka. Namun, ia membawakan penggunaan yang berbeza, memandangkan Android dioptimasikan untuk peranti mudah-aih, manakala Ubuntu lebih bersesuaian untuk digunakan sebagai desktop.

Perkara mengenai Android untuk desktop mula kedengaran kembali akhir-akhir ini, dimana diperkatakan salah satu fungsi yang bakal dibawakan melalui Android 5.0 kelak adalah sokongan mod desktop. Namun perkara ini masih tidak disahkan oleh Google, dan semestinya langkah awal pihak Canonical mungkin memberikan impak positif terhadap Ubuntu secara keseluruhannya.

Pengenalan Ubuntu untuk Android juga mungkin akan menguntungkan pengguna yang sentiasa bergerak, dimana mereka boleh membawa komputer mereka kemana sahaja dengan mudah. Pada masa yang sama, syarikat boleh mengurangkan kos dengan hanya perlu membelikan mereka telefon pintar Android dengan sokongan Ubuntu, dimana ia boleh digunakan di pejabat, dan sebagai peranti mudah-alih untuk berhubung dikalangan mereka.

Jadi, adakah ianya akan membawakan perbezaan pada penggunaan peranti Android anda?

Ia diperkatakan yang mana dengan integrasi Ubuntu untuk Android, penggunaan peranti mudah-alih anda akan kekal seperti biasa, dimana anda boleh menggunakan telefon pintar Android anda untuk membuat- panggilan, mengakses Android Market dan sebagainya seperti biasa.

Ianya hanya berubah apabila anda menyambungkan kabel HDMI pada peranti anda, yang mana ianya akan membuka Ubuntu dengan antaramuka Unity pada skrin yang dihubungkan (monitor atau televisyen). Melaluinya, para pengguna masih boleh kekal mengakses emel, SMS, serta membuat dan menerima panggilan seperti biasa. Dan pada masa yang sama, anda juga boleh mengakses beberapa aplikasi tambahan, dan membuat dokumen, edit gambar dan sebagainya melalui aplikasi terbina yang didatangkan pada Ubuntu, sekaligus membolehkan anda memproses gambar-gambar dan video yang dirakamkan pada peranti anda dengan lebih pantas.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, Canonical masih belum merancang untuk mengeluarkannya kepada umum, sebaliknya bekerjasama bersama-sama dengan pengeluar peranti dalam menjayakannya. Salah satu sebabnya mungkin disebabkan beberapa spesifikasi, seperti penggunaan cip pemprosesan dan sebagainya.

Canonical dijangka akan memperlihatkan Ubuntu untuk Android ini kepada umum pada acara Mobile World Congress yang akan diadakan pada penghujung bulan ini. Sementara itu, mungkin anda boleh merujuk kepada laman rasmi Ubuntu untuk Android, untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam lagi.


OpenSUSE 11 Setanding Fedora dan Ubuntu
HTC Desire - Internet Dan Multimedia Pada Satu Gajet
Galaxy S2 Terjual Lebih 3 Juta Unit Dalam Masa 55 Hari
Samsung Mengumumkan Peranti Yang Bakal Menerima Android 4.0
Nokia N9 Dengan Android 4.0 ICS Diperlihatkan

16 Komen

  1. Affuan pada 22 Feb 2012

    Baru bercadang nak tinggalkan platform Android dan beralih kepada iOS 100% tapi still tak boleh pejam mata pada perkembangan baru ni. This is something big.

    • Gokai Red pada 22 Feb 2012

      seriously, ios payah doe nk match dgn bende lain. dia nk jenis dia je

  2. woot pada 22 Feb 2012

    LULZ baru je tinggalkan android,tp kalau da release android 4 desktop,perrrr..pakai balek aa =/

  3. Dadan pada 22 Feb 2012

    waw, android bisa dipakai di desktop..!

    • suzi pada 22 Feb 2012

      +1

  4. aku pada 22 Feb 2012

    nak guna smartphone utk buat keje. kidding me? fon sgs II dan tablet 10.1 aku prone to reboot maybe because of overheat/overload.

    so the idea of using smartphone utk produktivit kinda freak me out.
    kejap2 boleh la.
    dia bukan design utk benda2 heavy mcm tu.. ventilation semua kena ambik kira.

    • Aneh&Gorila pada 22 Feb 2012

      +1

      Mula2 je seronok. haha.

      Ape2 pon best gak. :)

    • Syukri Lajin pada 23 Feb 2012

      the idea of using a TOUCHSCREEN untuk produktiviti tu pun dah maslaah.. bayangkan type document kat menda alah tu..
      so jawapannya.. guna keyboard.. kalau dah guna keyboard, letak je la phone/tab tu ada cooler..

  5. blangkat ahmad basimin pada 22 Feb 2012

    terbaek

  6. korea korea pada 22 Feb 2012

    bankrup intel mcmnih… sapa nak beli desktop pc lagi weiii

  7. korea korea pada 22 Feb 2012

    menepati pendapat steve jobs.. ”post-PC era”

  8. Izzuddin Fauzi pada 22 Feb 2012

    Secara keseluruhan, hebat :D

  9. syaf88 pada 22 Feb 2012

    x dapat pn tgk video…

  10. Alan pada 22 Feb 2012

    Tak paham sangat lah dengan unbuntu untuk android ni macam mane .

  11. Lee Arch pada 02 Apr 2012

    X perlu push urself to know more.. yg pasti 1 or 2 years in future, ubuntu or other opensource will be more awesome. Just have a little interest & enjoy with that.
    ?? Yes, ofcoz. We have to know more.. Will never stop though. After all, we desperate to breathe clearly. :) )


Trackbacks/Pingbacks

  1. Linux Kernel 3.3 & Android | Droid.my

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader