20Feb

Utter! Membawakan Input Bantuan Suara Yang Lebih Baik Dan Berbeza

Google, Perisian

Terdapat beberapa aplikasi yang menyediakan sokongan bantuan berasaskan suara pada platform Android. Dan kebanyakkannya nampak biasa sahaja. Namun, aplikasi Utter! yang serba baru untuk Android kini membawakan perbezaan pada aplikasi berasaskan bantuan suara, dengan memahami input dengan lebih baik, serta boleh berinteraksi dengan pengguna seperti rakan biasa.

Melalui Utter! ia didatangkan dengan sokongna integrasi bersama-sama pelbagai aplikasi Android, membolehkan anda mengaksesnya serta-merta dengan hanya sedikit input suara. Namun, sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu aplikasi itu, ia membuka pelayar web dan menawarkan informasi melaluinya.

Dari video yang dipaparkan, Utter! menawarkan pelbagai informasi dan tidak banyak bercakap seperti pesaingnya yang lain. Namun, ini tidak bermakna ia tidak boleh bercakap. Melalui Utter!, selain daripada boleh menawarkan informasi, ia juga turut sama boleh menjadi rakan bercakap anda, dimana melalui video tersebut juga, ia diperlihatkan, Utter! boleh menjadi seperti rakan biasa, dan bersembang dengan anda.

Buat masa ini, ia masih dalam pembangunan, dan semestinya apabila ia dilancarkan, akan menerima pelbagai reaksi positif daripada para pengguna Android.


Uruskan Akaun Google Anda Melalui Google Dashboard
Google Memperkenalkan Fungsi Instant Pages
Google Maps Kini Memperlihatkan Perjalanan Dalam Bentuk Animasi 3D
BitTorrent Menguji Aplikasi Penyiaran Melalui P2P - BitTorrent Live
Firefox 12 Sedia Untuk Dimuat-Turun Dari Pelayan FTP Mozilla

6 Komen

  1. Dadan pada 20 Feb 2012

    satu lagi aplikasi yang menarik…

  2. bisyairi pada 20 Feb 2012

    nice one.. +1

  3. nazmi pada 20 Feb 2012

    nice…

  4. Blangkat Ahmad Basimin pada 20 Feb 2012

    makan batteri

  5. Alan pada 20 Feb 2012

    Forever alone :)

  6. myFirdaus pada 20 Feb 2012

    htc flyer


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader