06Feb

Versi Pembangunan Windows 8 Menyembunyikan Butang Start?

Microsoft

Salah satu perkara popular pada Windows dari dulu sehingga ke hari ini adalah butang Start padanya, yang membolehkan para pengguna mengakses pelbagai perkara dengan mudah melaluinya. Namun, melalui versi pembangunan Windows 8 Consumer Preview, ia kelihatan butang tersebut seperti disembunyikan daripada taskbar, berbeza dengan sebelum ini.

Walaubagaimanapun, ia diperkatakan apabila para pengguna menyentuh atau membawa tetikus kepada penjuru bawah kiri, ianya muncul, dan membolehkan para pengguna mengakses pelbagai aplikasi melaluinya. Melaluinya, ia mungkin membolehkan Microsoft meminta pengguna memfokuskan kepada penggunaan taskbar, sekaligus membolehkan mereka pin akan laman web, aplikasi dan sebagainya pada taskbar.

Sokongan pin telah pun diperkenalkan sejak daripada sebelum ini, namun tidak popular digunakan. Namun, melalui Windows 8 sendiri, Microsoft bakal membawakan pelbagai sokongan termasuk perubahan besar dari segi antaramuka, iaitu penggunaan antaramuka Metro.

Microsoft sendiri disasarkan bakal melancarkan Windows 8 Beta yang dikenali sebagai Consumer Preview pada bulan ini, mungkin dalam beberapa minggu lagi, membolehkan para pengguna mendapat pengalaman penggunaan Windows 8 terlebih dahulu sebelum ianya dilancarkan pada penghujung tahun ini.


Azure Bakal Menemui Pengguna Akhir Tahun Ini
Win 7 RC Boleh Di Muat-Turun Sehingga 15 Ogos
Windows 8 Bakal Di Lepaskan Pada 2012
Kemaskini Windows Phone "NoDo" Pada 21 Mac?
IE9 Mobile Beraksi Cemerlang, Menewaskan Pelayar Web Android Dan iOS

9 Komen

  1. Sutramaya pada 06 Feb 2012

    Tak sabar try nih! Bring it on!

  2. arynet pada 06 Feb 2012

    fungsi mcm Gnome3 kan, dulu ramai org komplen pasal gnome. Skrg ni windows dah mula terpikat. hehe.. ke mcm mana? :D

    • Meleis pada 06 Feb 2012

      actually fungsi tersebut dah lama muncul di os lain, selain di windows dan antaramuka gnome.

      stop being so elitist.

  3. khai pada 06 Feb 2012

    wah..terbaek aah…x sbr nk tnggu…

  4. menu pada 06 Feb 2012

    Win 8 banyak ong oo..

  5. deleted pada 06 Feb 2012

    I’ll just wait for Win9…Thanks

  6. Haziq pada 06 Feb 2012

    wah.. tak sabar..

  7. ahmad pada 06 Feb 2012

    masih Windows XP

  8. Mashi pada 06 Feb 2012

    Wind 10 bila nak kuar?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader