09Feb

Windows 8 Consumer Preview Bakal Dilancarkan Pada 29 Februari

Microsoft

Windows 8 Beta merupakan salah satu perkara yang dinantikan selain daripada kemaskini Nokia Belle pada bulan Februari ini. Kini, ia diperkatakan yang mana Windows 8 Beta, ataupun yang mana akan dikenali sebagai Windows 8 Consumer Preview bakal dilancarkan kepada umum pada 29 Februari ini, pada acara Mobile World Congress.

Windows 8

Memandangkan ianya adalah acara untuk peranti mudah-alih, maka mungkin kita akan dapat melihat beberapa pengumuman berkaitan dengan tablet, mahupun sokongan ARM, selain integrasi bersama Windows Phone pada acara tersebut.

Buat masa ini, Microsoft masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengan pelancaran Windows 8 kepada umum. Namun, jikalau dilihat dengan sebelum ini, biasanya ia akan didahului dengan versi RC (Release Candidate) sebelum Windows 8 versi akhir mula berada di pasaran.

Sebelum ini, Windows 8 Developer Preview telah dilepaskan kepada umum pada September tahun lepas, membawakan beberapa fungsi asas, dengan kebanyakkannya masih belum diperkenalkan kepada semua. Melalui versi beta ini, beberapa fungsi yang dinantikan termasuk sokongan Windows Store, kebolehan untuk mengubah-suai warna latar dan menjadikan paparan lebih peribadi, serta beberapa perubahan lain pada antaramuka dan sebagainya.

Jadi, sama-sama kita nantikan pengumuman pihak Microsoft pada 29 Februari kelak – salah satu tarikh yang hanya muncul empat tahun sekali.


Windows 7 Pre-Beta Kini Di Laman Torrent
Microsoft Memperlihatkan Perubahan Tetingkap Explorer Pada Windows 8
Windows Phone Marketplace Versi Web Diperkenalkan Untuk Semua
Windows 8 Build 8158 Memperlihatkan Peningkatan Pada Charm Bar
SkyDrive Bakal Memperkenalkan Klien Desktop - Pilihan Storan Tambahan Akan Datang

7 Komen

  1. Lia Nadia Qistina pada 09 Feb 2012

    ngam juga tarikhnya, 29 Feb. Harap user edition ni lebih menghilangkan kegusaran ramai pengguna tablet yang mahu cuba-cuba install Win 8 di dalam peranti mereka.

  2. Izzuddin Jr. pada 09 Feb 2012

    xsabar nak tunggu windows 8 yang rasmi .

  3. Dadan pada 09 Feb 2012

    windows 8 akan muncul, padahal windows 7 pun saya belum pernah nyoba…

    • amer pada 09 Feb 2012

      win 7 terbaek setakat ni

  4. MeiYen324 pada 09 Feb 2012

    Looking forward for this release!

  5. Budak Bawah Umur pada 09 Feb 2012

    hehe xsabo resenyer nak download

  6. denz pada 11 Feb 2012

    Ada x google nak buat troll..
    ‘Ok..kita akan release Windows 8 Beta pada 30 Feb nih..’….haha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader