29Feb

Windows 8 Consumer Preview Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Semua

Microsoft

Hari ini, pada acara Mobile World Congress yang diadakan di Barcelona, Microsoft telah pun melancarkan Windows 8 Consumer Preview kepada umum, membawakan pelbagai perubahan, dan kini sedia untuk dimuat-turun dan digunakan oleh semua, sebelum versi akhirnya dilancarkan tidak lama lagi.

Seperti pada versi Developer Preview, ia ditawarkan secara percuma, dimana para pengguna boleh mendapatkannya tanpa sebarang pendaftaran dan sebagainya.

Menurut Microsoft, melalui Windows 8 Consumer Preview, mereka membawakan lebih daripada 100,000 perubahan padanya, yang semestinya menyertakan pelbagai fungsi baru, termasuk sokongan Windows Store padanya.

Seterusnya, Microsoft akan menghabiskan beberapa bulan untuk membina versi RC (Release Candidate), sebelum versi akhir aplikasi tersebut dilancarkan pada penghujung tahun ini. Sementara itu, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Windows 8 Consumer Preview hari ini, dan mencubanya sekarang.


Windows 7 Pre-Beta Kini Di Laman Torrent
Windows 8 Membawakan Papan Kekunci Pada Skrin Yang Baru
Windows 8 Untuk Tablet Bakal Diperlihatkan Minggu Hadapan?
Microsoft Menguji Perkhidmatan Baru Dinamakan Tulalip?
Kinect Menghampiri Ulang-Tahun Pelancaran Pertama - Lebih Banyak Perkara Menarik Bakal Dibawakan

14 Komen

  1. nik pada 29 Feb 2012

    baru saja pakai….nice

  2. Izzuddin Jr. pada 01 Mar 2012

    windows 8 macam best je =)

  3. XiNzeRy pada 01 Mar 2012

    pc aku cam tak mampu ja nak pakai win8 nih @_@

    • Dadan pada 01 Mar 2012

      sama bro PC saya juga ga bisa…

  4. Berak Unggul pada 01 Mar 2012

    superduper cun!

  5. Janjang pada 01 Mar 2012

    nak kena tambah ram ni. kalau pakai virtualbox dgn ram 2gb jer tak cukup

    • Faizal Bahruddin pada 01 Mar 2012

      bukan ram je kene tambah, touch skrin skali. nanti apply untuk aku skali ye.. ekeke

  6. bameng pada 01 Mar 2012

    metro ui dan ux. inovasi baru dalam OS komputer

  7. cursefinger pada 01 Mar 2012

    kalau install dekat netbook lepas tak ?

  8. ezry pada 01 Mar 2012

    teeeettttt………

  9. Jyundoo pada 01 Mar 2012

    ohh sangat lembab mechine ku ini dgn w8

  10. pyrozyro pada 01 Mar 2012

    kalau dah install w8 .. boleh ke patah balik win7 kalau tak bekenan ?

  11. nur pada 01 Mar 2012

    dah pakai, dia transfer file dari windows xp. amik terus terkebil-kebil cari start menu. dan ianya sesuai untuk touch screen. tapi mcmana nk pulangkan windows xp ni. dah lesap. cuma driver problem. kne cari satu-satu jugak.

  12. fiqueobiey pada 02 Mar 2012

    bru try,mmg best!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader