15Feb

WinZip Memperkenalkan Aplikasi Rasmi Mereka Untuk Platform iOS

Perisian

Dari hari ke hari, kini tablet dan telefon pintar semakin digunakan sebagai ganti kepada desktop dan juga komputer riba, dimana kebanyakkan aplikasi boleh dibuka dengan mudah dan pantas terus melalui telefon pintar dan tablet mereka. Dan sebagai pelengkap kepada fail berformat ZIP, kini pembangun aplikasi terkemuka, WinZip memperkenalkan aplikasi WinZip untuk iOS.

Sama seperti aplikasi pada desktop, ia membolehkan para pengguna membuka fail-fail berbentuk ZIP terus pada peranti mudah-alih mereka. Ianya merupakan salah satu pelengkap yang amat berguna, dimana kini para pengguna tidak lagi perlu menunggu untuk membuka sesuatu dokumen ataupun emel yang menyertakan fail ZIP, tetapi boleh terus menyemaknya pada peranti mudah-alih mereka.

Apa yang lebih menariknya adalah dimana WinZip untuk iOS didatangkan secara percuma, dan mempunyai sokongan yang lebih kurang sama seperti pada versi desktop.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun WinZip untuk iOS hari ini, dan mula menggunakannya dalam membuka dan membaca fail ZIP terus pada iPhone, iPad atau iPod Touch anda.


Mozilla Melancarkan Thunderbird 5
Firefox 8 Membawakan Lebih Kawalan Keatas Pemasangan Add-On
Adobe Flash 11 Dan AIR 3 Bakal Dilancarkan Pada Bulan Oktober
Sokongan Aplikasi Android Pada PlayBook BBX 2.0 Diperlihatkan
Thunderbird Bakal Menawarkan Sokongan Mendaftarkan Emel Melalui Klien

2 Komen

  1. Dadan pada 15 Feb 2012

    terobosan yang inovatif lagi dari WinZip…

  2. apeh pada 17 Feb 2012

    bapak lama tak sentuh bender ni lepas guna winrar.. lepas winrar 7zip lak. lool


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader