22Feb

Yes Dan Proton Mengumumkan Kerjasama Strategik

Telekomunikasi

Seperti mana yang kami laporkan awal sebelum ini, hari ini, Yes dan juga Proton telah pun secara rasminya mengumumkan kerjasama mereka, dimana kedua-dua gergasi ini akan bergabung tenaga dalam membangunkan sokongan 4G pada kenderaan model baru Proton. Melaluinya, para pelanggan Proton akan menikmati perkhidmatan Yes yang istimewa, bermula daripada model baru Proton, P3-21A.

Melaluinya, sama seperti sokongan pada Yes Huddle, ia membolehkan sehingga lima peranti didalam kenderaan dihubungkan pada rangkaian Yes4G, dan membolehkan para pengguna menikmati rangkaian internet berkelajuan tinggi ketika bergerak.

Selain daripada hanya menawarkan perkhidmatan jalur-lebar, kerjasama ini juga dijangka akan terus berkembang, dimana pada masa hadapan, Proton dan Yes bercadang untuk menawarkan beberapa aplikasi pintar, seperti diagnostik kenderaan dalam masa-nyata, perkhidmatan berasaskan geolokasi, dan beberapa perkhidmatan tambahan lagi.

Walaubagaimanapun, maklumat mengenai bagaimanakah pengguna akan dicaj padanya dan berapa lamakah Yes menawarkan perkhidmatannya secara percuma kepada pembeli kenderaan baru masih tidak diketahui lagi. Dan maklumbalas pihak JPJ berkenaan dengan perkara ini juga masih tidak didapati lagi.


Samsung Galaxy Tab Di Lancarkan Di Malaysia
Celcom dan TM Mengumumkan Kerjasama Strategik
Celcom Dijangka Memperkenalkan Perkhidmatan Bernama Kolony
Maxis 3G Kini Meliputi Lebih 80% Penduduk Malaysia
Penyedia Internet Turut Menyekat Alamat IP Selain Daripada DNS?

18 Komen

  1. Dadan pada 22 Feb 2012

    sesuatu yang akan memanjakan para pengguna proton..

  2. ejam pada 22 Feb 2012

    kalau demi Proton dan YTL mesti JPJ luluskan punya, itukan aset negara..hehe

  3. Izham pada 22 Feb 2012

    Depan belakang nk beripad. Susah la macam ni

    • Gagger pada 22 Feb 2012

      Its funny because youre poor.
      How pity.

      • Jwan pada 23 Feb 2012

        Astaghfirullah. Bongkak dan riaknya anda.

      • faizma_ pada 23 Feb 2012

        mind elaborate the relevance here?

  4. shifa pada 22 Feb 2012

    untung la sape pecahkan kete ni ..dapat ipad 3 ketul =_=’

    • Ikhwan pada 22 Feb 2012

      iPad tu boleh dicabut dan pasang semula?

  5. Aneh&Gorila pada 22 Feb 2012

    Ceh. ingat kereta baru.

  6. Ahmad Fuad Adzmi pada 22 Feb 2012

    abis la anak2,,

  7. MK pada 22 Feb 2012

    inspira? hurmmm..

  8. malayz pada 22 Feb 2012

    yer ker inspira??huhu…igtkn model bru…

  9. nizamghazi pada 22 Feb 2012

    Tunggu Inspira, im coming…
    Nak test drive dekat hutan.

  10. Arrul pada 22 Feb 2012

    mne tau kot2 nnt ade kt Persona R yang baru tu nnt.. :D

  11. Izzuddin Jr. pada 23 Feb 2012

    cantik luar, cantik dalam.
    nampak garang la . . .

  12. Jomtonton pada 23 Feb 2012

    Canggih.. tapi keselamatan kereta kena jaga lebih la.. banyak barang berharga :P

  13. Nad pada 23 Feb 2012

    Semoga industri automotif di Malaysia semakin maju :)

  14. faizma_ pada 23 Feb 2012

    adakah kerajaan akan legalize tweet and drive selepas ni? atau mungkin boleh check fesbuk?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader