13Feb

Zygy Ingin Menjadi Pusat Perhentian Setempat Untuk Pengguna Internet Tempatan

Web 2.0

Bersempena dengan Minggu Media Sosial Malaysia 2012, beberapa produk sosial tempatan turut sama diperlihatkan, dan salah satunya adalah Zygy, yang mana memfokuskan dalam membawakan pelbagai perkhidmatan berasaskan internet pada satu lokasi, disamping turut mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan tempatan, seperti perkhidmatan TM, universiti tempatan dan sebagainya.

Buat masa ini, Zygy masih lagi pada peringkat beta, dan masih perlu melalui pelbagai pembangunan lagi. Melalui demonstrasi ringkas yang diperlihatkan kepada pihak kami. Zygy membolehkan anda mengikuti pelbagai kemaskini daripada seantero web, termasuk laman sosial seperti Twitter, Facebook, dan sebagainya terus melalui suatu halaman. Dalam erti kata lain, ia memfokuskan kepada menjadi laman permulaan pada pelayar web anda, seumpama iGoogle.

Jikalau pada iGoogle, ia menggunakan perkataan widget untuk membolehkan anda menambah pelbagai aplikasi pada laman tersebut, melalui Zygy, ia menggunakan perkataan Mashlet. Beberapa kategori disediakan, termasuk pendidikan, sosial, perkhidmatan, dan emel.

Namun begitu, ia tidak mengintegrasikan sokongan oAuth seperti perkhidmatan lain untuk sesetengah perkhidmatan, dan memerlukan para pengguna memasukkan kata laluan dan nama pengguna secara manual.

Menurut pihak pembangun Zygy, mereka akan memfokuskan beberapa universiti terlebih dahulu sepanjang tahun ini, membolehkan perkhidmatan Zygy digunakan sebagai pusat rujukan setempat untuk aktiviti kampus mereka, dan juga perkhidmatan internet yang lain.

Bagi sesiapa yang berminat, mungkin anda boleh mendaftarkan diri anda kepada Zygy Beta hari ini. Namun pengesahan mungkin mengambil masa sehingga 72 jam sebelum ianya disahkan.


Gumuu Kini Mampu Berintegrasi Dengan Facebook
WebImpian Ingin Menceburi Industri Tema WordPress
TrackVerse - Permainan Perlumbaan Multiplayer Daripada Pembangun Tempatan
Selepas Instagram, Kini Pasukan Disebalik Aplikasi Lightbox Photos Menyertai Facebook
ProductiveMuslim Melancarkan Aplikasi iOS - iTaskinator

3 Komen

  1. Dadan pada 13 Feb 2012

    sangat berguna untuk calon mahasiswa dan mahasiswa…

  2. deleted pada 13 Feb 2012

    wow! this is so inovative and so cool

  3. Omar pada 13 Feb 2012

    Aku rasa benda ni macam pernah dibuat masa Web 2.0 baru diperkenalkan dulu, tapi bukan local developer la, dari US. Dalam tahun 2005 camtu. Tapi tak ingat nama dia.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader