06Mar

Android Ice Cream Sandwich Kini Meliputi 1.6% Peranti Seluruh Dunia

Google

Salah satu data yang dikeluarkan oleh Google hampir setiap bulan adalah berkenaan dengan penggunaan versi Android pada peranti-peranti seluruh dunia. Dan hari ini, mereka telah pun mengeluarkannya, memperlihatkan peningkatan pada versi Android Gingerbread dan juga Ice Cream Sandwich. Kini, Ice Cream Sandwich meliputi sebanyak 1.6% daripada peranti Android seluruh dunia, manakala Gingerbread meliputi sebanyak 62%.

Versi-versi Android lain, seperti Cupcake, Donut, Eclair dan juga Froyo masing-masing memperlihatkan penurunan, manakala Android Honeycomb kelihatan meningkat sebanyak 1% berbanding bulan lepas.

Pada bulan ini, beberapa pengeluar mensasarkan untuk memperkenalkan kemaskini Ice Cream Sandwich untuk peranti mereka, dan mungkin angka penggunaan versi Android 4.0 bakal meningkat dalam bulan-bulan akan datang. Google juga dijangka akan memperkenalkan Android 5.0 Jelly Bean pada pertengahan tahun ini.


1tube.my Bakal Memperkenalkan Antaramuka Laman Yang Baru
Google Mulakan Lawak April Fool Dengan GMail Motion
Google Music Akan Menyokong Storan Lebih 20000 Buah Lagu?
Rangkaian DiGi Bakal Menyokong LTE Menjelang Penghujung 2012
Aplikasi Android Golden Screen Cinemas Diperkenalkan

11 Komen

  1. budakudm pada 06 Mar 2012

    android rule!

  2. suarakomputer pada 06 Mar 2012

    yg mana paling best ? amanz suka pe? codename: ???????

  3. Ahmad Fuad Adzmi pada 07 Mar 2012

    peningkatan!€

  4. kaio pada 07 Mar 2012

    saya suka IOS. ops! haha

    • slee pada 07 Mar 2012

      yeahh kejujuran..tp takot komen (kita?)salah rumah hahahah!

    • Fikri Adhey pada 07 Mar 2012

      kita sama..

    • ijat pada 07 Mar 2012

      wah ada geng! :D

  5. nur pada 07 Mar 2012

    produk diaorang

  6. Dadan pada 07 Mar 2012

    saya belum faham dengan android..

  7. najashark pada 07 Mar 2012

    gingerbread je yg stabil setakat ni kat fon aku

  8. Jojo pada 07 Mar 2012

    hehehe . . nama cute je


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader