Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Canon, hari ini secara rasminya telah mengumumkan kamera baru mereka yang dinantikan ramai daripada keluarga siri 5D, iaitu Canon EOS 5D Mark III. Bersama-sama dengan kamera EOS 5D Mark III ini, Canon membawakan pelbagai kemaskini berbanding versi sebelumnya, dan juga dengan sokongan sensor sebesar 22.3 megapixel bersama-sama dengan kamera tersebut.


Canon EOS 5D Mark III turut merupakan salah satu kamera pilihan yang baik untuk merakamkan video, dengan sokongan 6fps untuk rakaman berterusan, dan juga dalam bentuk HD penuh 1080p pada rakaman pilihan 24, 25 dan juga 30fps. Ia turut membolehkan kawalan manual untuk rakaman HD penuh. Video yang dirakamkan disimpan dalam format H.264 untuk memudahkan anda membuat perubahan melalui komputer anda kelak.
Untuk melihat hasil rakaman, ia menyertakan skrin LCD bersaiz 3.2-inci. Bagi para jurugambar, ia turut didatangkan dengan beberapa perkara menarik, seperti kelajuan shutter pada kadar minimum 30saat, dan maksimum 1/8000 saat. Ia turut didatangkan bersama-sama dengan sokongan USB 2.0 dan juga HDMI mini.
Harga jualannya di Malaysia buat masa ini masih tidak diketahui lagi.
23 Komen
Tinggalkan Komen Anda
nice kamera…
tak boleh lawan Nokia 808 Pure View, 41MP….
ha ha
megapixels bukan menjadi ukuran bg fotografer pro, tp tahap kualiti gambar yg dihasilkan oleh sensor yg hanya ada pd dslr yg tak mungkin ada pd cameraphone..
btol tu.
single lens reflex dpt tgkp lebih byk detail piksel walaupon pd kuantiti piksel yg kurang berbanding yg ada pd hp.
41MP kt nokia tu pon komfem bila transfer masuk dlm laptop pon skdr 2-3mb je saiz file dia.
aku dah tengok sampel gambar nokia 808..saiz dia avg 10mb..walaupun masih tak boleh tanding dengan slr tapi untuk aku dah cukup dah..sebab aku rimas bawak benda2 gedabak ni..
+1
Kalau beli dlsr mahal2 nak wtpe stakat gune setting auto kn?
herp derp…
wei gile.. ko ada bukti ke org yg ada DSLR tu guna auto je??.. lenkali sebelum komen tu..pikir dulu!.. tau la ko xmampu kan? :p
@ Fikri Adhey
Sakit bontot nampak
walaupun megapixel dia tak leh lawan Nokia Pure View, tapi fungsi dia mesti lebih baik dari camera phone tersebut.
dia nyer butang blakang pon nmpak kemas dah terbaik dari canon
ready to go pavi !!
this comment was obviously written by a DSLRfag who likes to candid depan pavilion. sangat bodoh
pavi kid
about RM10-14K…
Megapixel war suda bermula~
aku tak faham ayat ni “seperti kelajuan shutter pada kadar minimum 30saat, dan maksimum 1/8000 saat”. Seseorang tolong fahamkan aku.
google la mangkuk
Shutter speed pon xtau ke?.. owh lupa ko takde DSLR?. HEHE
Google it..
kau ni belagak betul kan..orang lain ada jugak DSLR..jangan nak rendah2kan orang lain pulak
maksudnya shutter tu kita boleh set dari 30 second sehingga 1/8000 saat..
senang mcm ni laaa…kalau 1/8000 tu maknanya shutter kau tu ‘terkatup’ dengan sangat lajunya..jet lalu depan kau pun kau boleh tangkap gambar dia tanpa ada motion blur..tapi digalakkan pakai flash sbb nak support cahaya ambient yang tak cukup sebab xsempat dia nak kumpul cahaya yang mencukupi shutter dah terkatup..untuk 30 saat tu shutter kau akan terbuka selama 30 saat..jadi banyak lah cahaya dapat masuk kat sensor..teknik long shutter ni orang guna nak buat light painting atau ghosting..kalau kau nak tahu, bila shutter kau ni terbuka lama sangat kau boleh buat ‘malam jadi siang’ kat gambar tu..semoga bermanfaat..
jet lalu digalakkan pakai flash? kau ingat hi speed flash sync boleh ke sampai 1/8000? berlagak pandai je lebih
salam…nice info dr artikel ni…tp terkial jugak la nak faham bila byk terms english di melayukan..satu lg yg aku perhatikan, mmg adab tukang komen kat sini mmg nipis ke? pntang org tny sket, nak tunjuk pndai smpai nak bahan2 org laen..boleh je kan jwb sopan2..