03Mar

DEMO Asia : FlexiRoam Memenangi Anugerah DEMO Guru

Telekomunikasi, Web 2.0

Bagi para pengguna tempatan yang gemar mengembara, semestinya sedia mengenali salah satu perkhidmatan tempatan, FlexiRoam yang menawarkan sokongan untuk membolehkan anda membuat panggilan dan menerima panggilan dari negara asal pada kadar yang berpatutan.

Dan pada acara DEMO Asia yang diadakan baru-baru ini, FlexiRoam merupakan salah satu syarikat baru tempatan yang bertanding bersama beberapa negara lain dari Asia, dan telah memenangi anugerah DEMO Guru padanya. Ini sekaligus membolehkan mereka ke acara terkemuka di Amerika Syarikat, iaitu DEMO.

FlexiRoam dijangka akan terus memperluaskan perkhidmatan mereka di beberapa negara lain lagi, dan mungkin kita akan terus dapat melihat FlexiRoam maju sepanjang tahun ini.

Selain daripada FlexiRoam, antara syarikat Asia lain yang turut memenangi anugerah tersebut adalah Pixtelz, DropMyEmail, Fiett, dan juga Sofshell.


Alt Media Melancarkan Tonton - Hulu Versi Malaysia
Laman 1Malaysia.com Digodam
Baloi.com.my Tidak Aktif Lagi - Berhenti Beroperasi?
FourSquare Memperkenalkan Sokongan Notifikasi
MyEmail Masih Memerlukan Biometrik - Laman Tidak Siap Sepenuhnya

1 Komen

  1. Dadan pada 03 Mar 2012

    tahniah buat FlexiRoam !


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader