Cari @ Amanz

Boleh dikatakan Twitter adalah salah satu sumber berita yang terpantas di dalam dunia pada masa kini. Perkara ini salah satunya dijayakan dengan sokongan Lists yang terdapat pada Twitter, membolehkan para pengguna mengikuti sesuatu perkara berkaitan topik yang digemari dengan mudah oleh mereka. Dan hari ini, Facebook turut sama memperkenalkan sesuatu sepertinya, dinamakan Interest Lists.

Melalui sokongan Interest List ini, ia akan membolehkan para pengguna mengikuti kemaskini daripada Pages, selebriti dan sebagainya dengan mudah, dan boleh dipilih mengikut topik kegemaran masing-masing, seperti kesenian, hiburan, teknologi dan sebagainya.

Seperti semua sedia maklum, Facebook telah pun sedia mempunyai sokongan Lists sejak beberapa bulan (tahun?) yang lepas. Namun, salah satu kekurangan padanya adalah mana ia tidak boleh dikongsikan bersama yang lain.

Melalui Interest List ini kelak, ia akan menyediakan beberapa senarai yang disediakan oleh pihak Facebook sendiri, selain mana senarai awam yang disediakan oleh para pengguna Facebook lain, seperti rakan-rakan anda dan sebagainya. Anda juga masih boleh menetapkan senarai yang dibina oleh anda sebagai peribadi, dan tidak berkongsi bersama sesiapa.

Facebook dijangka akan memperkenalkan sokongan ini kepada semua pengguna dalam masa beberapa minggu akan datang. Jadi, persoalannya, adakah selepas ini Facebook turut akan menjadi salah satu sumber berita untuk pengguna, selain daripada pada Twitter?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd