01Mar

HackWeekend Bakal Kembali Pada Penghujung Bulan Ini

Lain-lain

Salah satu acara menarik yang diadakan dikalangan pembangun tempatan adalah HackWeekend. Beberapa idea sebelum ini telah pun dimajukan kepada setapak kehadapan lagi, seperti TaxiMonger dan sebagainya. Dan bagi para pembangun yang berminat, kini acara tersebut kembali lagi, dan disasarkan akan menjadi lebih besar daripada sebelumnya pada penghujung bulan ini.

Buat masa ini, kami masih belum ketahui tarikh rasmi untuknya. Bagi yang tidak ketahui akan HackWeekend, ia merupakan salah satu acara yang diadakan selang beberapa bulan, menemuka semua pembangun aplikasi dan web tempatan mahupun antarabangsa.

Melalui acara tersebut, para pembangun boleh membangunkan aplikasi kegemaran mereka bersama-sama rakan-rakan yang lain dalam satu pasukan. Kebiasaannya, sebuah tema khas diberikan, membolehkan semua memfokuskan dalam mengatasi perkara dalam sesuatu kategori atau tema itu.

Ia akan berlangsung selama lebih kurang 2 hari, dimana memerlukan para pembangun menyiapkan aplikasi mereka dalam masa kurang 24 jam, daripada fasa mencari idea, sehingga menyiapkan prototaip berfungsi mereka.


Sertai BarCampKL Hujung Minggu Ini
P1 WiMax vs Streamyx : Perang Iklan Bermula
Malaysia Ditangga Ke-105 Dari Segi Infrastruktur Internet Pada Tahun 2010
Seramai 305 Orang Telah Menghadirkan Diri Ke #TwtupRaya
MyEG Musim 2 Memperlihatkan Beberapa Projek Berasaskan Teknologi Daripada Pembangun Tempatan

5 Komen

  1. Dadan pada 01 Mar 2012

    Tak faham saya tentang hal ini…

  2. Junaidix pada 01 Mar 2012

    menarik, nak join tapi.. erm..

  3. BudakSerius pada 01 Mar 2012

    Huh.mcm best jer.

  4. Pisyek pada 02 Mar 2012

    untuk yang akan datang ni, sape-sape pun boleh join ke? :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader