READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Jaring merupakan syarikat penyedia internet terawal di Malaysia, yang mana telah dimulakan pada tahun 1992. Sejak daripada itu, sehingga ke hari ini, telah lebih kurang 20 tahun ia beroperasi, dan kini diperkatakan, Jaring sedang dalam proses mencari pemilik baru, dan sebanyak tiga pihak telah menyatakan ingin memiliki syarikat penyedia internet dan jalur-lebar itu.

Antara syarikat yang dikatakan ingin mengambil-alih Jaring termasuklah Puncak Semangat yang telah diberikan salah satu blok spektrum untuk LTE, selain CMC Engineering yang mana merupakan salah satu syarikat disebalik pembangunan LRT. Syarikat ketiga yang inginkannya masih tidak dinamakan buat masa ini.

Kementerian Kewangan, yang mana merupakan pemilik penuh Jaring meminta harga jualan sebanyak RM50 juta untuk 100% pegangan pada Jaring. Ia diperkatakan, walaupun keuntungan Jaring mungkin sedikit, tetapi ia mempunyai kontrak daripada pihak kerajaan yang melangkui RM50 juta dari segi pendapatan untuk setiap tahun.

Ini bukanlah kali pertama Jaring dikaitkan dengan penjualan, dimana sebelum ini, pada tahun 2001, Telekom Malaysia pernah menawarkan diri untuk membeli Jaring. Namun ianya tidak berakhir dengan jayanya. Beberapa tahun selepas itu, TIMEdotCom turut sama pernah menawarkan diri, tetapi ditolak sebab harga tawaran tidak mencapai apa yang diinginkan. Selain daripada TM dan juga TIME, Packet One (P1) turut sama pernah ingin memilikinya sekitar tahun 2007/08, namun tidak berjaya.

Adakah bersempena dengan 20 tahun operasi Jaring, syarikat tersebut akan terjual kepada pihak ketiga tahun ini, ataupun terus beroperasi seperti biasa?

Terdapat 32 komen
  1. Perghh klau P1 pon terhegeh2 nak beli jaring..hmm msti value sgt tinggi nih..up lagi harga tu.

    • Google beli Jaring, then Google tutup operasi Jaring.
      inb4,just sarcasm. kang tak pasal meleis GENIUS tak faham.

  2. jaring…first ISP zaman modem berbunyi masa aku kecik lagi…tapi sekarang ni kenapa kompeni ni macam tak laku je bila depa tak buat produk baru?

  3. tutup jeler…tapi kesian plak pada pekerja sedia ada..
    harap2 adalah syarikat yang membeli dan membela nasib pekerja sedia ada serta memberikan keuntungan selepas pemilikan.
    MOL tak nak beli ker? mereka pandai beli sesuatu yang bermasalah dan menjadikan ianya sesuatu yang menguntungkan dalam masa akan datang..

    • Yep. Respek bro Ganesh. Beli keseluruhan Friendster dengan hrga USD26.4m, dan beberapa bulan kemudian jual salah satu paten yang dimiliki Friendster kepada Facebook dengan harga USD100m.

  4. jaring ni ape ek produk selain internet? mcm hidup segan mati x mau je… ni msti mls nk buat promo ni..

  5. jaring ni ade sasaran bisnes dia tersendiri. lebih pada bisnes. macam isp lain target untuk public.. opis aku masih guna jaring untuk sambungan sistem2 tertentu

  6. yyyyyyyyyyeeeeeeeeeeeeaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  7. Salam semua, Jaring ni banyak focus kepada CPE business. Jaring punya mode of selling adalah B-to-B bukan B-to-C. Kontrak sedia ada memang melangkaui RM50 juta. Cuma harga RM50 juta tu tak masuk akal, kenapa murah sangat? Patut dalam RM300- RM500 juta. Amanz, ko tertinggal satu kosong kot?

  8. Jaring.. mmg penyedia internet kat kampus2 dan juga ofis2 gomen. performance mmg puashati. teringat dulu menuntut kt UKM hmpir setiap hari dload movie/lagu/software. bandwidth quota 10GB/bulan pun x luak.

  9. If me rich me buy.. me gusta! :D
    Lama dah xdgr pasal jaring ni, kalau dulu2 slalu.. :)

  10. Selain ISP jaring juga ada data center. Kemungkinan besar Puncak Semangat (owner Syed Mokhtar Albukhari)akan beli Jaring sebab mereka kekurangan infra utk LTE 4G

  11. sekolah aku di pedalaman sekarang ni guna Jaring. Rm 599 per month untuk 2Mbps/512 Kbps..performance dalam masa 3 minggu ni ok..puas hati..

  12. Revenue RM 50 juta, tapi profit margin mungkin very minimal

Komen

Nama
Web