Dengan kejayaan Samsung Galaxy S2 yang terjual jutaaan unit diseluruh dunia, dengan di Malaysia sahaja terjual lebih 1000% kali ganda berbanding versi sebelumnya, ramai yang menantikan telefon generasi baru daripada keluarga tersebut, Galaxy S3. Selepas beberapa gambar sebelum ini kelihatan, kini gambar terbaru untuk peranti tersebut mula memperlihatkan dirinya hari ini.

Namun apa yang menariknya, gambar terbaru ini, kelihatan sama seperti yang terdapat pada gambar slaid yang tersebar sebelum ini di arena inernet. Gambar yang datangnya daripada laman GSM Helpdesk itu, turut dikatakan akan dilancarkan pada bulan Mei kelak.
Spesifikasi peranti tersebut masih tidak diketahui secara rasminya buat masa ini, namun apa yang diperkatakan adalah ia akan membawakan skrin sentuh seluas 4.7-inci Super AMOLED Plus HD, kamera belakang 12-megapixel, cip pemprosesan empat-teras 1.5Gz, dan juga RAM lebih daripada 1GB padanya.
Buat masa ini, segalanya masih lagi dikategorikan sebagai ura-ura, apatah lagi dengan bilangan gambar yang mula kelihatan sepanjang seminggu terakhir ini adalah amat banyak, berbanding minggu-minggu lain.
Byk sgt. malas nk ambik tau dah. tggu je bln may/jun nnti.
kehkeh, gua perati je SGS3 ni.. gua perati je..
Nak tunggu S3 ke nak grab aje S2? Kawan2 rasa?
tunggu jela,xpyh beli.
Kalu ambik S2 sekarang pun dah susah nak dpt model GT-I9100,.. semua yg ada kat pasaran skrg model GT-I9100G. Baik tunggu S3, tengok camana specnya nanti. IMO
ape beza dia aa? lg x best ke?
Agak payah untuk S3 mendapat jualan yang setinggi berbanding S2, melainkan ada sesuatu yang sangat berbeza untuk para pengguna S2 turut bertukar kepada S3.
hodoh nye yg nih..
dengar kata s3 ni ada capability utk wireless charging. Technology baru tu. Ura-ura je…kalau ade dasyat le. Bulan may ni nokia pula nak release Pureview 808…camera power…
Tu la ada dgr gak. Tp tu tahap radiation camne la agaknye. Wireless charging 2 bulan dapat cancer. Haha
tp bukan technology baru pon kan. Samsung Droid Charge pon dah pakai wireless charging ni.
Tunggu HTC One X awal April ini
+G
panjang jer aku tgk.. GS note nampak balance sket
Image crop tu,.. banyak sangat stretch.
hrp2 harga Xde la mahal woooo…….
FAKE. Benda ni kompem fake. mmg buruk pon. pandai org wat photoshop sampai letak konon2nya advert.
refer link ni: http://www.androidpolice.com/2012/03/21/new-samsung-galaxy-s-iii-image-leaks-claims-to-be-an-official-press-photo/
s3 s3 s3…
s2 pun da terbaik… da ade s3… x terikut teknology skrg ni.
Pingback: Come & Meet The Next Galaxy – Galaxy S III Akan Datang 3 May | Droid.my