Cari @ Amanz

Dengan kejayaan Samsung Galaxy S2 yang terjual jutaaan unit diseluruh dunia, dengan di Malaysia sahaja terjual lebih 1000% kali ganda berbanding versi sebelumnya, ramai yang menantikan telefon generasi baru daripada keluarga tersebut, Galaxy S3. Selepas beberapa gambar sebelum ini kelihatan, kini gambar terbaru untuk peranti tersebut mula memperlihatkan dirinya hari ini.

Namun apa yang menariknya, gambar terbaru ini, kelihatan sama seperti yang terdapat pada gambar slaid yang tersebar sebelum ini di arena inernet. Gambar yang datangnya daripada laman GSM Helpdesk itu, turut dikatakan akan dilancarkan pada bulan Mei kelak.

Spesifikasi peranti tersebut masih tidak diketahui secara rasminya buat masa ini, namun apa yang diperkatakan adalah ia akan membawakan skrin sentuh seluas 4.7-inci Super AMOLED Plus HD, kamera belakang 12-megapixel, cip pemprosesan empat-teras 1.5Gz, dan juga RAM lebih daripada 1GB padanya.

Buat masa ini, segalanya masih lagi dikategorikan sebagai ura-ura, apatah lagi dengan bilangan gambar yang mula kelihatan sepanjang seminggu terakhir ini adalah amat banyak, berbanding minggu-minggu lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd