Cari @ Amanz

Hampir setiap tahun, beberapa akta dan undang-undang baru diperkenalkan di Malaysia. Dan masih ramai yang tidak mengetahui apakah undang-undang mahupun akta baru yang diperkenalkan dan dibincangkan secara terbuka. Untuk mengatasi perkara ini, sebuah laman baru diwujudkan dibawah Sinar Project, dikenali sebagai Malaysian Bill Watcher.

Melalui aplikasi berasaskan web itu, ia membolehkan anda mengetahui akta-akta terkini dan terbaru, selain status dan bilakah tarikh terakhir kemaskini padanya dilakukan. Pada masa yang sama, anda juga turut sama boleh mengikuti dan membaca penuh akta yang dibentangkan, melalui dokumen yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Memandangkan Sinar Project merupakan salah satu projek berasaskan sumber terbuka, pembangunnya turut sama melepaskan kod sumber laman tersebut kepada umum. Pada masa yang sama, laman tersebut juga masih lagi pada fasa awal, dan pelbagai pembangunan yang bakal dilalui padanya dari semasa ke semasa. Bagi mereka yang berminat dalam menyumbangkan tenaga mereka untuk komuniti, mungkin boleh melihat projek-projek dibawah Sinar Project, dan menyumbangkan tenaga dan kepakaran mereka melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd