READING MODE  
Informasi Teknologi Terkini

Bagi para pengguna Nokia dan juga Microsoft, mungkin telah sedia maklum yang mana kedua-dua gergasi itu kini bekerjasama, dalam membangunkan peranti Windows Phone, dan beberapa perkara lain. Dan menurut DigiTimes, kedua-dua gergasi ini bakal memperkenalkan tablet Windows 8 pada penghujung tahun ini, dan menjadi antara yang terawal memperkenalkan tablet Windows 8 kepada umum.

Ia dilaporkan, Nokia bakal memperkenalkan tablet Windows berasaskan ARM, bersaiz 10-inci, dengan menggunakan cip pemprosesan Qualcomm SoC dwi-teras. Spesifikasi yang lain masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

Selain daripada Nokia, pelbagai gergasi lain turut sama sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan tablet Windows 8 mereka, dan antaranya adalah Dell.

Terdapat 16 komen
  1. windows 8 kat dlm tablet…mulalah pakai cpu ARM…boleh tahan…tapi aku nak tengok kalaulah windows 8 pakai cpu sebegini kebal tak terhadap virus nih?

    Thumb up 0 Thumb down 0

  2. Kalau tablet win8 mempunyai apps seperti iOS dan lebih baik dr segi produktiviti apps pasti saya akan dapatkan ini walaupun ipad2 saya masih baru hehehe. Nokia ni baik dr segi hardware.

    Thumb up 0 Thumb down 0

    • tunggu win8 berbaloi.. tapi, beli je ipad.. nanti jual la balik beli benda ni.. ipad harga lekat.. haha

      Thumb up 0 Thumb down 0

Komen

Nama
Web